“Macam
ada yang tidak kena dengan laporan ini. Mohon semak semula. Portfolio sebagai
pemangku Pengurus Kewangan perlukan kita kerap bincang.”
“Bukankah laporan
itu disokong oleh dokumen yang dikepilkan? Ianya telah disemak oleh Jabir.
Sudah seminggu kami menghantarnya Tuan Umar.”
“Mengapa
akaun debit kurang? Siapakah yang lewat membuat bayaran? Habislah saya perlu
menjawab kepada pihak atasan. Bukankah ini tugas Jabir?”
“Tak apa. Biar Haris semak semula.”
“Haris,
sejak pagi saya belum nampak Jabir. Adakah dia hadir atau lewat hari ini?”
“Tuan Umar tidak perasan SMS daripada Jabir? Cuba semak.”
“Soal
laporan ini, nanti Haris bincang semula dengan Jabir. Bukankah Tuan Umar kata
ada mesyuarat? Usah bimbang, insya-Allah kami akan segera betulkan.”
Tuan
Umar tidak mengesyaki apa-apa. Haris sentiasa istiqamah membela Jabir. Tindakan
Jabir tidak disenangi oleh Labib. Bagi Haris, Jabir boleh berubah. Hanya masa
yang akan menentukannya.
“Kenapa Haris tidak terus-terang sahaja? Kalau
beginilah, Jabir tidak layak naik pangkat.”
“Biarlah
Labib. Jom kita betulkan laporan ini. Kita mulakan dengan agen kumpulan A.”
“Haris, minit mesyuarat lepas sudah siap? Tuan Umar
sudah tanya. Tolonglah.”
“Jabir, bagilah salam dahulu. Terkejut Labib.”
“Assalamu’alaikum.
Sudah siapkah?”
“Bukankah Haris telah hantar minggu lepas. Jabir tidak
terima?”
“Nanti Jabir semak. Terima kasih Haris. Jika boleh,
rancang cuti. Susah hidup Jabir tanpa Haris. Tuan Umar mana? Sudah pergi
mesyuarat?”
“Ya. Kami sedang semak semula laporan bulan ini.”
“Okaylah.
Nanti emelkan versi terkini. Macam biasalah.”
“Amboi! Bagusnya.”
“Sampai bila Haris asyik siapkan kerja orang?”
“Selagi boleh tolong, kita
tolonglah.”
“Haris pun satu.
Sabar. Sabar. Sabar. Apa yang Haris dapat?”
“Ilmu baru dan pengalaman.”
“Haris,
sabar itu biarlah berpada-pada.”
“Labib, kita kerja ini ibadah. Niatkan
kerana Allah.”
“Soal
itu, Labib setuju. Tetapi sampai bila Haris?”
“Entahlah. Haris akui, ianya bukan
mudah. Sekurang-kurangnya, kita belajar bagaimana analisa data-data. Ini satu
bonus.”
“Sepanjang
Haris membantu orang, Allah turut membantu memudahkan urusan kita. Jika kita
beriman dengan hari Akhirat, apa yang dirisaukan? Sebagai contoh, benar kerja
ini bukan kerja Haris, tetapi Tuan Umar adalah ketua unit kita. Jika kita tidak
membantu Jabir, siapa lagi yang ada di unit kita?”
“Membantu pun ada hadnya Haris. Ini
sudah melampau.”
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya
akan kembali kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka
bahayanya akan menimpa ke atas dirinya sedangkan Tuhan kamu tidak sekali-kali
berlaku zalim kepada hambanya.”
[Terjemahan Fussilat
ayat 46]
“Inilah formula yang Nabi s.a.w.
ajarkan. Jika benar mencintai hari Akhirat, buktikan. Dunia ini medium ujian.
Apa lagi yang Labib inginkan? Bukankah setiap perkara walau sebesar biji sawi
pasti akan dihitung kelak? Labib inginkan kesabaran dalam beramal soleh atau
merungut dengan sikap orang lain?”
“Inilah buku (catatan para malaikat) Kami, ia memberi
keterangan ke atas kamu dengan kebenaran.”
[Terjemahan aJ-Jatsiyah
ayat 29]
“Ini wahyu Allah.”
“Apa kata, kita bantu Jabir sama-sama.
Bagaimana hendak bantu Jabir selain berdoa?”
“Apa kata kita jemput Haris ke
majlis Israk Mikraj? Datang atau tidak, yang penting kita jemput.”
“Insya-Allah, Jabir cuba.”
Kita akui bahawa kematian itu
pasti. Sudahkan kita bersedia memberikan hak kepadanya? Merungut tidak
menguntungkan sesiapa. Carilah penyelesaian ibarat menarik rambut di dalam
tepung. Beramallah sekarang.
“Labib teringat mimbar Jumaat yang
disampaikan oleh khatib,
“Dan
tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara
keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan.
Demikianlah sangkaan orang kafir. Maka, kecelakaan berupa azab neraka
ditimpakan ke atas orang-orang kafir itu. Atau patutkah Kami jadikan
orang-orang beriman dan beramal soleh sama seperti orang-orang yang melakukan
kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang bertaqwa sama
seperti orang-orang berdosa?”
[Terjemahan as-Shad ayat 27-28]
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI
0 comments:
Post a Comment