Berita
kemasukan Haifa ke hospital di terima menerusi laman sosial. Katanya, Haifa
perlu menjalani pembedahan segera. Doktor pakar sedang memeriksa Haifa bagi memastikan
keadaannya stabil sebelum dibius.
Zulfah resah dan bimbang kerana
sebelum ini Haifa sihat. Terasa ingin terbang sekarang ke hospital. Ianya tidak
mungkin kerana Zulfah perlu menyiapkan laporan dengan segera. Diri rasa
terkilan kerana agak lewat mendapat berita Haifa.
“Laailahailallah.
Rifqah bertuah dapat menjaga mama, Zulfah dan Mustaqim sebelum ni. Bukan macam Haifa!”
“Kenapa
bising-bising Rifqah?”
“Ini
pasal Haifa yang luar biasa degil! Nasib baik Haifa masih sakit. Kenapalah
mulut dia lebih bisa daripada sakitnya?”
“Cuba
Rifqah tengok cermin ni. Muka yang comel boleh buat ikan buntal pun tidak lalu
menjeling.”
“Serius, Rifqah bengang tahap
klimaks! Apa yang Rifqah beritahu, semuanya tiada makna. Rifqah balik
dimarahinya.”
“Namanya
pun jaga orang sakit. Nampaknya, Haifa tertekan selepas rakan sepejabat
menziarahinya.”
“Itu
pun satu hal! Adakah patut sebut pasal kerja? Macamlah tiada topik lain untuk
dibualkan. Agaknya, tidak pernah ziarah orang sakit sebelum ni?”
“Astaghfirullah
wa atubu ilaih. Silap dengar agaknya. Sembang hal lain disangka hal kerja.”
“Terpulanglah
Zulfah. Jika itu yang Haifa pilih dan tidak makan nasihat.”
“Marah
betul Rifqah dengan Haifa? Hilang kecomelan dan keayuan wanita sejati.”
“Rifqah
bukan bergurau Zulfah. Rifqah geram. Muka Haifa masih pucat. Dia perlukan rehat.
Hingga ditegur doktor dan jururawat.”
“Senang
sahaja, berikan tafsir al-Quran pelangi, buku atau majalah. Masa diakan, selalu
terisi. Terperanjatlah, tiba-tiba perlu berehat.”
“Kenapalah
Rifqah tidak terfikir awal-awal?”
“Bengang
gear lima yang buatkan Rifqah lupa. Zulfah faham, Rifqah dan kita semua
sayangkan Haifa.”
“Haifa
pun satu. Dia hendak sembuh ke tak?”
“Ini
bahagian Haifa. Bahagian kita, belum pasti lagi. Haifa bukan kanak-kanak lagi.”
“Mama,
Zulfah dan Mustaqim pernah juga sakit. Rifqah yang jaga. Tetapi tidaklah luar
biasa degil. Alhamdulillah, senang hati Rifqah.”
“Biarlah
dia, moga suatu hari nanti dia akan sedar.”
“Haifa
itu melampau! Cakap kawan lebih laku dari cakap keluarga. Itupun Zulfah masih
bersabar?”
“Zulfah
pun silap. Semua orang buat silap. Rifqah, air dicincang tak akan putus.”
“Nanti
kita cari solusi pasal Haifa. Kita mengalah bukan beerti kalah.”
“Lain
kali, jangan pentingkan orang luar dari keluarga sendiri. Pasal itulah Haifa
jadi begini.”
“Kita hanya boleh nasihat. Hidayah
tetap milik mutlaq Dia. Kalau sayangkan Haifa, rahsiakan doa kita untuknya.”
“Mustaqim,
cubalah nasihat sikit Haifa. Manalah tahu, hatinya lembut.”
“Mustaqim, hati-hati. Kena tengking macam
Rifqah, sia-sia sahaja.”
“Biar
Mustaqim ikhtiarkan. Doa tanpa ikhtiar pun, tiada gunanya.”
Pernahkah
kita merasai bagaimana asam garam menjaga orang sakit? Ada masanya, ia
benar-benar menguji kesabaran bergantung kepada situasi. Ada juga yang memilih
untuk berdiam diri. Hanya memendam kemarahan bagi menjaga hati pesakit.
Realitinya,
bukan mudah menjaga orang sakit. Banyak kerenahnya dituruti dan sabar adalah
kuncinya. Sesetengah berpendapat, ibu lebih rela menjaga anak yang sakit
berbanding orang dewasa.
“Haifa,
penyakit manusia itu berpunca dari syubhat, syahwat dan jahil. Mustaqim
bukanlah sempurna, tetapi kita sama-sama menuju ke arah itu.”
“Maksud
Mustaqim? Haifa menyusahkan keluarga kerana sakit?”
“Sakit ini datangnya dari siapa?
Siapa pula yang sembuhkannya?”
“Tentulah
Allah. Tidak ada orang yang ingin sakit. Jika keluarga rasa susah menjaga
Haifa, lebih baik tak maklum pada keluarga.”
“Betulkah pemikiran Haifa tentang
keluarga? Siapakah yang meracuni fikiran Haifa hingga bersangka buruk dengan
keluarga?”
Haifa
hanya terdiam tanpa kata-kata. Ujian sakitnya, belum menginsafkan dirinya.
Malah, makin ego dan sombong sesama ahli keluarga.
“Setahu
Mustaqim, keluarga kita tidak meninggalkan harta melainkan ilmu. Ilmulah yang
membawa kita kepada cahaya.”
“Mustaqim,
hulurkan buku itu. Nampak menarik tajuknya. Al-Quran pelangi pun ada?”
“Haifa,
jika kawan itu lebih baik dari keluarga, pastikan al-Quran pelangi lebih akrab.
Kami rela.”
“Haifa tahulah. Keluarga yang bersangka
buruk dengan Haifa. Sebab itulah kita tidak mesra.”
“Itulah
Haifa. Keluarga sehabis baik sangka, dikatanya buruk sangka. Yang pasti, sejak
berkerjaya dan berkawan, Haifa yang berubah.”
“Cukup Mustaqim. Sama-sama kita
muhasabah. Doakan sahaja yang baik-baik.”
“Doa
tanpa ikhtiar, sia-sia. Pokok pangkalnya, baca al-Quran pelangi ini.”
“Cantiknya! Selalu mengaji tidak faham
makna. Kali ini ada tafsirnya.”
“Mustaqim
keluar sekejap. Haifa mahu kirim apa-apa?”
“Baru lepas bedahlah. Orang inagt nak berpantang.”
Mustaqim tinggalkan Haifa sebentar agar
dia berehat. Moga Allah sembuhkan hati dan dirinya.
“Ya Allah, buatkan kami mencintai
iman dan hiaskannya dalam hati-hati kami. Buatkan kami membenci kekufuran,
kefasikan dan maksiat. Jadikanlah kami dalam golongan ar-rasyidin.”(Terjemahan
Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasai’)
0 comments:
Post a Comment