Majlis Iftar bersama Fakir Miskin dan Anak Yatim berakhir
dengan tragedi. Sebilangan sekretariat
tersenyum puas. Sunatullah, perancangan Allah pasti terbaik dari perancangan
manusia. Inilah majlis yang dianjurkan oleh hati yang dicemari oleh habuan
duniawi.
Hampir
seminggu. Tiada laporan berita atau akaun atau mesyuarat penutup usai majlis. Hati
Uwais dihambat resah. Dia cuba menyusun semula tugasan rasmi syarikat, lalu
menyiapkannya.
Sambil itu, Uwais mengingatkan sekretariat supaya
melengkapkan tugasan seperti yang diberitahu menerusi emel. Ini penting untuk memastikan
dana yang digunakan diisytiharkan kepada para dermawan yang turut menyumbang.
“Uwais, baca emel.”
“Maaf, saya ada
kerja. Esok saya perlu serahkannya sebelum bertugas di luar pejabat.”
“Hud rasa ada yang tidak kena. Waktu majlis pun, semua
bertanyakan Uwais. Serba salah Hud.”
“Apa yang
Hud beritahu?”
“Tak ada apa-apa. Buat muka serius dan cari ruang untuk
mengelak dari ditanya.”
“Tenanglah,
inikan bulan puasa. Apa yang hendak dirisaukan. Majlis telah pun disempurnakan.
Soal terima atau tidak, ianya bergantung kepada niat.”
“Majoriti tahu, Uwais adalah tulang belakang majlis ini.
Tiba-tiba Uwais tidak hadir. Pastilah pihak pengurusan dan rakan sekerja
hairan.”
“Hud, ini
kerja sukarelawan. Bukan tugas rasmi. Uwais bersyukur, semuanya berlangsung
seperti yang kita rancangkan. Alhamdulillah, idea Uwais turut direalisasikan.”
“Itu Hud tahu. Tetapi
majlis itu kurang lengkap tanpa kehadiran Uwais.”
“Mustahil.
Sudahlah, Uwais harap Presiden dapat adakan mesyuarat penutup segera.”
“Ini yang Hud pening. Majoriti sekretariat, seolah-olah
menyalahkan Uwais.”
“Salahkan Uwais?
Tak mungkin. Jika benar, elok dibuat mesyuarat segera.”
“Hud rasa, mereka sedang merancang sesuatu untuk mengenakan Uwais.
Cuma, Hud tidak dapat pastikannya.”
“Apa kata Hud
cuba berunding dengan Presiden? Mungkin mainan perasaan agaknya.”
“Maaflah, Hud tidak ingin masuk campur. Hud pun ada tugasan
yang perlu disiapkan.”
“Uwais,
Farish terserempak dengan segelintir sekretariat. Mereka sedang berunding
dengan Jabatan Disiplin. Ini mesti ada yang tak kena.”
“Mungkin mereka ada portfolio yang perlu dibincangkan. Inikan
bulan puasa, kita sangka baik sudahlah.”
“Uwais, saya
akui masih baru di jabatan ini. Tetapi, melihat dan memerhati gerak-geri secretariat,
seakan mencurigakan. Cuma, Farish tidak sedap hatilah.”
“Astaghfirullahal'azim. Usahlah fikir yang bukan-bukan.
Insya-Allah, tidak mungkin Allah menganiaya hamba-Nya.”
Sabar + Solat =
Berkat
Akibat menyalah gunakan kuasa, segelintir sekretariat
berkomplot untuk menyingkirkan Uwais dari syarikat. Uwais dikenakan tuduhan
tanpa bukti kukuh. Mereka yang terlibat, tidak menghormati polisi syarikat. Demi
nafsu amarah, semuanya diturutkan.
Aduan telah dibuat. Tanpa berfikir panjang, tiada mesyuarat
usai majlis bagi merungkai krisis dan silap faham yang timbul. Yang pasti, sindiran
dan pandangan serong terbit, hingga menimbulkan permusuhan dan kebencian. Uwais tetap optimis.
Benarlah telahan Hud dan Farish. Uwais telah dibuang kerja gara-gara terlibat dengan tugas
sukarelawan. Tiada siapa yang tampil untuk membela Uwais. Uwais telah
diperkenalkan dengan wakil persatuan sekerja bagi membantu. Kini, usahanya berakhir.
Sabar dan solatlah sebagai perisai terampuh.
“Sesungguhnya kita
milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku
ke atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya.”
“Kenapa Uwais rahsiakan dari ibu?”
“Ibu,
maafkan Uwais. Uwais tak nak ibu sedih. Insya-Allah, ada rezeki lain yang lebih
baiklah tu.”
“Patutlah hati ibu berbisik sesuatu. Uwais buat apa, hingga
orang marah begini? Ya Allah! Ampunkan anakku Uwais.”
“Silap Uwais
ibu. Ibukan pernah berpesan, sebelum buat sesuatu kerja, mohon petunjuk dengan
istikharah. Memang patut pun Uwais di salahkan.”
“Astaghfirullah! Uwais pasti?”
“Ya ibu. Uwais
ingatkan kerja sukarelawan sama seperti dengan NGO lain. Nampaknya, Uwais
silap.”
“Ibu yakin, ini pasti ada 1001 hikmah buat Uwais.”
“Insya-Allah
ibu. Uwais rasa, inilah yang terbaik. Doakan Uwais ibu.”
Musibah Dan Muhasabah
Uwais cuba menjadi hamba dan khalifah Rabbani. Jika sebelum ini,
Uwais lalai dan alpa dengan kerjaya, maka inilah masanya Uwais beriman,
berhijrah dan berjihad. Setiap detik dihabiskan untuk memberi kebaikan kepada
orang lain tanpa syarat.
Benarlah, musibah, ujian atau nikmat itu baik dan berpahala.
Dengan syarat, kita kembali ke jalan-Nya. Bacalah kalamullah beserta maknanya.
114 surat cinta-Nya, telah memahat hati untuk dijadikan ibrah bahawa, carilah reda ar-Rahman ar-Rahim hingga hujung usia.
“Ya Allah, kami mohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment