Rai Perbezaan, Semai Persamaan

“Ibu, Najma minat bisnes.”
“Bisnes apa?”
“Fesyen untuk remaja.”
“Masya-Allah. Jika itulah hajatnya, Najma perlu lebih komited menamatkan pengajian.”
“Ayah izinkan Najma belajar kemahiran?”
“Nanti kita tengok apa yang boleh dibuat untuk mencapai impian Najma.”
“Betulkah ibu dan ayah?”
“Selagi prinsip syarak dijulang dan adab diutamakan, buatlah.”
“Najma yakin, remaja mahu kelihatan anggun dan solehah.”
“Ibu harap, biarlah benar-benar patuh syariah.”
“Ayah mahu lihat lakaran Najma dahulu.”
“Nanti bila siap, ayah dan ibu yang QC dahulu.”
“Najma mahu keluarannya eksklusif. Sekali keluar dan habis terjual, tiada ulangan.”
“Menarik. Jika begitu, ibu sarankan kita buat RND bersama-sama.”
“Najma belajar gaya korporat ayah."
"Untuk acuan bisnes fesyen remajakah?”
“Ya. Ibu masih penasihat tetap buat Najma.”
“Mari kita buat pelan strategik guna kaedah BMC.”
“Najma mahu contohi Nabi, Abdul Rahman Bin A’uf dan Khadijah Binti Khuwailid.”
“Amin Yaa Rabbal ‘alamin.”
“Ini tandanya Najma sudah baca buku Komik Bisnes Berkat. Syabas!”
Apapun minat anak-anak kita, dengar dahulu dan berlapang dada.
Kita dorong mendorong sambil membuat kajian dan pembangunan.
Bantulah dalam apa jua kaedah tanda menzahirkan sokongan.
Yang penting, utamakan prinsip-prinsip Islam bagi meraih berkat, berjaya hingga akhirat.

Moga anak-anak menjadi ‘bintang’ kebanggaan agama, bangsa dan negara.
#secerahbintangbidadaridunia
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment