“Kita
ada projek ad-hoc sekarang.”
“Bagaimana
Najma boleh bantu Tuan Waqqas?”
“Kita
akan buat pelan strategik dahulu.”
“Baik.
Najma carikan statistik dan laporan terkini.”
“Bagus!
Dari situ nanti, kita akan peroleh data yang diperlukan.”
“Adakah
kita perlukan carta organisasi terkini?”
“Ya.
Lebih mudah untuk bahagikan tugasan kerana kita bertiga sahaja.”
“Bilakah
kami perlu siapkan tugasan ad-hoc ini?”
“3
bulan. Itu tempoh pihak atasan. Kita target, sebulan setengah. Ada soalan?”
“Insya-Allah.
Bajet dan carta perlu bagi KPI tim.”
“Terima
kasih Najma kerana ingatkan. Ini tentulah wajib.”
“Tuan
Waqqas, ini template yang kita perlu isi bersama.”
“Ya.
Mari kita buat sekarang.”
“Maaf,
Najma ada syura lain sekarang. Ianya temujanji yang telah dipelan sebulan
lepas.”
“Maafkan
kami Najma. Baiklah kita tangguhkan lepas Zuhur, ok?”
“Insya-Allah.
Terima kasih Tuan Waqqas kerana menghormati temujanji kami.”
“Usah
risau. Fiqh keutamaan masih relevan walaupun kita sedang bekerja.”
Dalam menjalani rutin kerja seharian,
tanpa mengira status sosial, fiqh keutamaan terpakai.
Soalnya, sejauh mana kita beriman
dengannya?
Ini adalah suatu isu yang perlu
diperkasa demi kebaikan ummah.
Bagaimana mahu bermula?
Ilmu adalah segala-galanya.
Sibuk mana sekalipun, usahakan untuk
menghadiri majlis ilmu selagi kita hidup.
Kenapa ya?
Kerana ilmu itu cahaya yang mampu
dorong mendorong mencari kebenaran.
Istiqomah dengan ilmu dan amal
bersandarkan adab menurut apa yang Allah dan Rasul kata.
#secerahbintangbidadaridunia
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM
ARDINI.
0 comments:
Post a Comment