Mikraj Cinta Abadi


“Astaghfirullah. Banyaknya dosa yang aku lakukan. Sebutkan dosa apa, akulah jaguhnya. Mengapakah hati masih kosong meskipun diberikan pelbagai nikmat hidup?”
“Solat 5 waktu dijaga. Dididik oleh orang tua yang sempurna dengan penuh kasih sayang.”
Aku memandang al-Quran lalu membacanya. Semakin hari aku membaca, aku mula mencari tafsir untuk memahami kalam-Nya. Aku semakin terlupa soal teman seperjuangan, kesakitan dan dosa maksiat silam yang terpalit.
Aku kini gemar mendekati majlis-majlis ilmu. Tanpa mengira siapa yang menyampaikan ilmu, aku khusyuk mendengarnya. Tidak cukup, aku melayari internet dan bergaul dengan orang yang mengajak berbuat kebaikan di laman sosial.
Aku pernah disapa oleh seorang hamba Allah. Penampilan seakan seorang asatizah. Jika digauli, butiran bicaranya banyak mengandungi hikmah. Aku cuba mendekatinya dan kagum dengan perwatakannya yang sederhana.
“Saya Hanah. Bekerja di unit Kejuruteraan Logistik. Saya baru bertukar di sini,” mesra memulakan ukhwah.
“Tahniah. Panggil saya Afifah. Saya berkhidmat di unit Kewangan. Jemputlah datang lagi. Kami di sini setiap Isnin hingga Khamis ada kuliah dan solat berjemaah,” balasan disambut mesra.
“Itupun jika saya tidak sibuk. Buat masa ini, tidak menang tangan dibuatnya. Itu yang letih dan agak lewat menunaikan solat,” terang Hanah.
“Insya-Allah, jika kita jaga Allah, Allah pasti akan jaga kita. Saya yakin Hanah seorang yang komited dan untung dapat pekerja seperti Hanah,” Afifah menuturkan kebenaran.
“Jika kita jaga Allah, Allah pasti akan jaga kita? Ini yang saya musykil. Selama ini apa yang telah saya lakukan, semuanya terasa kosong dan hambar,” Hanah cuba mendapat kepastian.
“Itu petanda baik. Teruskan penghayatan dengan mengikhlaskan amal ibadah semata-mata kerana Allah. Jaga solat setiap kali masuk waktunya. Insya-Allah, pengorbanan takut dan cinta pada Pencipta pasti berbalas dengan ketenteraman hati,” tutur Afifah lembut.
Mutiara kata dari insan bernama Afifah itu telah membugarkan hati yang galau. Isinya yang manis mengkristalkan sinar baru yang selama ini penuh tanda tanya. Meskipun baru dikenali, namun amat berbekas di hati ini.
Alhamdulillah. Syukur Allah kerana Engkau mengasihi aku yang agak culas menyahut panggilan agung-Mu. Terima kasih Afifah, moga rahmat dan reda Allah mewangikan lagi haruman pesona kamu.
Keajaiban Solat
          Kita sering kali diingatkan bahawa solat itu tiang agama. Namun, sejauh mana kita memahami peranan dan keutamaannya. Kita bersolat tetapi solat itu tidak memberi kesan ke atas pelakunya. Mengapa?
          Solat, selain memahami peraturan dan undang-undang ada mesej yang hendak Islam sampaikan. Solat itu perisai daripada aktiviti baik dan buruk. Akal, rohani dan jasmani saling perlu memerlukan untuk memelihara diri dengan aturan-Nya.
Allah dan Rasul telah menjamin kepada setiap hamba yang berjiwang dengan solat pasti memberi impak positif buat pelakunya. Syaratnya mestilah dengan ilmu dan diiringi amal serta penghayatan. Ini diakui dan dijamin oleh-Nya,
“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hemdaklah menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman), maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
[An-Nisa’ ayat 103]
Antara rahsia untuk khusyuk dalam solat ialah memahami tujuan solat. Kemudian belajar memahami makna bacaan solat. Setelah itu, biasakan beristighfar jika sengaja atau tidak sengaja melakukan dosa untuk memastikan hati tidak tercemar.
Sebaik-baiknya, elakkan makan berlebihan. Pastikan sumber rezeki yang diperolehi halal. Latih diri untuk memperbanyakkan zikrullah seperti bertasbih dan bertahmid. Perkukuhkan dengan solat-solat sunat bagi menampung kekurangan solat fardu kita.
          Usah terlalu selesa jika solat itu tidak membenihkan taqwa. Benarlah ingatan Nabi,
“Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab bagi seseorang hamba pada hari Kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka dia akan menang dan berjaya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka dia akan binasa dan rugi.”
[Imam Tirmizi]
          Wallahu’alam.
Sumber : AMSB | 2014


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment