Masjid adalah tempat
pertemuan saudara seakidah. Ianya sesuai dikunjungi oleh ahli keluarga. Cari
sebab yang baik untuk kita hadir secara sukarela. Lama-lama hati kita akan
terasa kurang, jika sehari tidak mengunjungi rumah Allah.
Najma pernah melakar program untuk kariah masjid. Najma cuba
merencana program cuti sekolah khusus untuk kanak-kanak, remaja dan belia.
Takwim tahunan adalah asas terbaik bagi merancang pelan strategik.
Kanak-kanak, remaja dan belia perlukan program pemantapan rohani,
intelek dan jasmani. Seiring dengan teknologi masa kini, modul yang dibuat
perlulah interaktif. Meraikan potensi peserta adalah wajar bagi mencari pelapis
dan tokoh untuk diteladani.
Sebaik-baiknya, kenal pasti profil para peserta. Sepanjang tempoh
program, buat kajian dan pembangunan bagi mencungkil bakat. Setelah itu, gilap
bakat mereka. Pastikan ianya selari dengan pelan strategik masjid.
Setelah beberapa siri ujian dan latihan, mereka layak dinobatkan
sebagai 'bintang ideal' untuk dijadikan contoh. Dengan kesinambungan siri
latihan dan latihan, tidak mustahil mereka menjadi insan dan khalifah Rabbani. Di
waktu yang sama menjadi pemangkin kepada pemenang dan motivasi kepada peserta lain.
Kanak-kanak, remaja dan belia adalah aset ummah. Jika masjid dapat
merencana program seiring dengan kehendak Islam, meraikan bakat mereka adalah
satu jihad yang wajar disebar luaskan.
Islam mahukan seorang bakal pemimpin yang adil, bijaksana membuat
keputusan, tajam pemikiran, fakeh mencari solusi, bersahsiah mulia, berkorban
demi agama, bangsa dan negara.
Jika kita mahukan generasi Ulul Albab, masjid adalah salah satu
platform yang berpotensi mencungkil bakat.
Bagaimana?
Menerusi program yang interaktif, inovatif, progesif dan
profesional dari semua pihak.
Menerusi penyusunan program yang mantap, kerjasama semua pihak dan
dana sumbangan para dermawan dalam pelbagai bidang, Insya-Allah ianya pasti
beroleh kejayaan.
Kepelbagaian ragam perlu dirai dengan merencana persamaan untuk
melahirkan generasi Rabbani menurut apa yang Allah dan Rasul kata.
#secerahbintangbidadaridunia
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.
0 comments:
Post a Comment