Seindah Sabar Ulul Azmi

“Najma, bila sudah berkeluarga, elak mencari silap orang lain.”
“Rahsiakan aib."
“Kira, ayah mahu Najma jadi pendengar yang amanah.”
“Lihat sesuatu perkara itu dengan kaca mata lebah.”
“Najma serba salah. Najma bukannya berpengalaman.”
            “Seboleh-bolehnya, elak masuk campur.”
“Ini yang Najma risau.”
“Pilih untuk menjadi pendamai solehah.”
“Adat berkahwin ini, ada pelbagai masam masam manisnya.”
            “Najma hanya doakan.”
“Sesekali tegur, ingatkan dan sangka baik.”
“Bergantung pada situasi.”
“Elak segala sifat mazmumah untuk elak salah erti.”
            “Menegur persis Nabi Musa kepada Firaun meskipun pendosa.”
“Ini cabaran Najma. Ini tentu ada sesuatu yang Allah Maha Mengetahui.”
“Ingat, semua yang datang, bukan sia-sia.”
“Moga Allah berikan jalan terbaik.”
            “Sedangkan mata yang celik menjadi buta. Inikan pula aib manusia.”
“Najma perlukan Allah dalam semua perkara.”
            “Kerana Dia adalah sumber segala-galanya.”
“Kita doa, Dia dengar. Kita sedih, Dia pujuk. Kita jaga aib orang, Dia sorok aib kita.”
            “Hati-hati bila menjadi pendengar dan pendamai menurut kata Dia.”
Dalam menelusuri hidup berkeluarga, kita tidak terlepas dengan ujian dari insan yang terhampir dengan kita.
Bagi yang beriman dengan hari Akhirat, kita memilih untuk berwaspada.
Cuba jadi pendengar, pendengar dan pendengar.
 Mungkin:-
+ mereka hanya mahu meluahkan.
+ mereka hanya mahu sedikit dorongan.
+ mereka hanya mahu empati.
Kita yang mendengar, berkatalah baik atau diam.
Membantu saudara seakidah sehabis baik, bukannya semudah bicara.
Kita tidak tahu, amal soleh yang mana menjadikan kita masuk ke jannah-Nya.
Justeru, istiqamah dalam iman itu lebih mendewasakan.
Hakikatnya, kita bukanlah sempurna untuk menasihati, tetapi berusaha mencari reda Ilahi.
Apakah kuncinya?
+ Iman.
+ Islam.
+ Ihsan.
Insya-Allah.

#secerahbintangbidadaridunia


HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment