“Ayah,
bagaimana Najma mahu tahu sama ada seseorang itu mahu serius atau tidak?”
“Lelaki
atau wanita?”
“Ayah
ni, takkan Najma mahu kahwin dengan sespesis?”
“Salahkah
soalan ayah itu?”
“Tak
salah. Cuma pelik.”
“Maklumlah,
Najma sudah menjadi milik masyarakat. Tentu ramai fan.”
“Ibu,
ok atau tak jika Najma sukakan seorang lelaki?”
“Alhamdulillah.
Normallah tu.”
“Manalah
Najma mahu cari yang macam ayah?”
“Kenapa?
Macam putus asa nadanya.”
“Isthikharah.
Setelah itu taaruf.”
“Ibu
dan ayah pilih, bukan bermakna Najma perlu setujukan?”
“Kita
pilih sama-sama. Ujikaji dan ujikaji dan ujikaji.”
“Lebih
susah dari berkongsi inspirasi rasanya.”
“Najma
mahu pilih untuk diri atau untuk waris nanti?”
“Maksud
ayah?”
“Mahu
yang ada harta, tahta, keturunan atau agama?”
“Agama
pun bukan teori sahaja. Praktikal beserta adabnya.”
“Ibu
setuju bab itu.”
“Subjektif,
dinamik dan toleransi.”
“Najma
jika mahu yang soleh, jadi solehah dahulu.”
“Insya-Allah.
Mahu jadi seperti ibu dan ayah Najma.”
“Sebenarnya,
Najma sukakan seseorang. Tetapi masih dalam proses untuk ujikaji.”
“Sudah
ada rasa. Itu suatu yang sihat.”
“Belum
boleh kongsi rasa itu selagi beberapa ujian saringan belum luluslah ibu.”
“Teruskan.
Ayah tunggu.”
Memilih pasangan bagi mengimarahkan
masjid cinta bukan semudah Alif hingga Yaa. Perlukan ikhtiar intelek, rohani
dan jasmani demi mendapat reda keluarga dan Allah pastinya. Pemilihan calon
biarlah menepati sunnah.
Apapun, Islam berikan solusi untuk bincang dan saling toleransi. Hanya perlukan masa sebelum membuat keputusan berkeluarga hingga Firdaus. Jika kita memilih Islam sebagai cara hidup, sunnah
mencipta masjid cinta, Allah lorongkan.
Usahakan. Cintai Allah dan Rasul. Waktu yang sama, berbuat ihsan dengan ibu ayah dan keluarga. Percayalah, setelah ‘hal’ itu selesai, Allah pasti hadirkan jodoh cinta penyejuk hati seisi rumah, Insya-Allah.
Usahakan. Cintai Allah dan Rasul. Waktu yang sama, berbuat ihsan dengan ibu ayah dan keluarga. Percayalah, setelah ‘hal’ itu selesai, Allah pasti hadirkan jodoh cinta penyejuk hati seisi rumah, Insya-Allah.
#secerahbintangbidadaridunia
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM
ARDINI.
0 comments:
Post a Comment