“Ayah,
setiap tahun kita diuji dengan jerebu.”
“Kita
ambil langkah berjaga-jaga. Jaga kesihatan.”
“Ibu
rasa, banyak baik dari buruknya.”
“Baiknya,
kita bersatu hati dan berdoa untuk kesejahteraan ummah.”
“Buruknya,
segelintir sahabat terkesan dengan faktor kesihatan.”
“Tahun
ini lebih dahsyat dari sebelumnya.”
“Waktu
Raya Nahar yang lepas, subhanallah damai dan cerah melihat langit.”
“Sebaik
habis Hari Tasyrik, jerebu semula.”
“Ada perkara yang kita boleh urus, kita
uruskan.”
“Betul
juga. Mana yang kita tidak mampu urus, sangka baik.”
“Jika
difikirkan, setiap musibah itu pasti terselit muhasabah.”
“Mana
mungkin, Allah datangkan musibah tanpa ada nilaian di sisi-Nya.”
“Ianya
asbab tangan-tangan manusia yang terlepas pandang barangkali.”
“Manalah
tahu, asbab jerebu ada insan-insan yang mentauhidkan Allah.”
“Tak
mustahil. Cuma ianya tidak viral kerana kelemahan kita juga.”
“Jika
alam semesta ini boleh bercakap, tak tahulah reaksi manusia.”
“Yang
pasti, semua makhluk ciptaan-Nya berzikir. Kita sahaja yang tak dengar.”
“Kisah
ini Allah wayhukan kepada Nabi Yunus a.s."
"Benar ibu. Sewaktu berada di dalam perut ikan, Baginda dengar bunyi
makhluk di dalam laut bertasbih.”
“Kita?”
“Moga
kita membasahi lidah dengan ingat kepada Allah waktu susah dan senang.”
“Amin.”
Alam semesta dicipta untuk kepentingan
manusia bagi menelusuri hidup.
Manusia dapat manfaat untuk mencipta tamadun dengan amanah dan ihsan.
Mahu atau tidak, semua pihak memainkan
peranan tanpa mengira status sosial.
Mulakan dengan diri sendiri, orang yang
terhampir dan barulah ke peringkat lebih luas.
Usaha ini perlu stamina berterusan kerana tahap
kesedaran manusia itu unik dan pelbagai.
Umpamanya, ihsan dengan tidak membuang sampah merata-rata, merosakan harta awam, menghisap
vape dan sebagainya.
Sebaik-baik manusia ialah yang memberi
manfaat, ini yang diingatkan berkali-kali.
Moga kita komited memakmurkan alam
semesta tanpa menzalimi diri sendiri.
Mahu contohi siapa?
Tentulah menghayati sunnah Rasulullah s.a.w.
Bagaimana menyantuni alam semesta?
Memetakan aktiviti yang halalnya dihisab,
haramnya diazab.
#secerahbintangbidadaridunia
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM
ARDINI.
0 comments:
Post a Comment