Perisai Mustaqim

“Najma rasa macam ada sesuatu kuranglah ayah.”
            “Maksud Najma?”
“Najma sudah tunaikan ibadah khusus sebagai mukallaf.”
            “Jadi, apa isunya?”
“Rasa banyak kurang sana sini.”
            “Cuba Najma baiki ilmu fardu ‘ain.”
“Kemudian, apa lagi ibu?”
            “Belajar dan amal ilmu tasawuf atau penawar mencuci hati.”
“Betul. Di waktu yang sama baiki ilmu akidah dan ilmu fikah.”
            “Ilmu itu cahaya akal. Adab itu cahaya amal.”
“Setelah ilmu fardu ‘ain diperkasa, tambah amalan sunat.”
            “Kita sempurnakan yang fardu, serikan dengan yang sunat.”
“Dalam solat ada semua ilmu yang ayah nyatakan tadi.”
            “Benar Najma. Solat itu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.”
“Jika kita solat tetapi tidak menepati piawaian diluar solat, baiki solat dahulu.”
            “Allah dan Rasulullah s.a.w. jamin, hanya solat yang mampu menjadi benteng iman.”
Kita tahu bahawa tujuan penciptaan kita adalah untuk mengabdikan diri atau ibadah kepada Khalik.
Namun, kenapa kita masih lagi tidak berkelakuan seperti karektor mahmudah?
Kita semua mahu jadi baik kerana ini perintah Allah dan saranan Rasulullah s.a.w.
Bagaimana kita mahu bermula?
Mulakan dengan ilmu asas-asas akidah, fardu ‘ain, fikah, tasawuf dan hayati sunnah.
Setelah itu, bergaul dengan orang yang baik.
Cari murabbi yang betul dengan mencontohi yang baik-baik.
Fitrah manusia selalunya mahukan kebenaran.
Doalah pada Allah, agar dikurniakan taufiq dan hidayah dalam merintis amal soleh.
Kenapa ya?
Amal soleh yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. mampu dorong mendorong menempa taqwa buat bekalan abadi.
Kita mampu jadi baik dan menjadi asbab orang lain jadi baik.
Buatlah baik demi Allah dengan menghargai pengorbanan Rasulullah s.a.w.

#secerahbintangbidadaridunia


HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment