"Az-Zahra', tim bola jaring kita
makin hilang arah. Tak lama lagi, kita ada pertandingan."
"Yelah.
Tim yang lain, boleh tahan hebat. Jersi mereka pun, cantik."
"Najlah dan Taqiya ada pelan?"
"Pelan
apa Az-Zahra'?"
"Bagaimana membangunkan semula
tim untuk beroleh kejayaan?"
"Susahlah.
Tim dulu, bukan macam sekarang. Sesama kita pun ada silap faham."
"Taqiya pun buntu. Risaulah.
Bolehkah kita bangunkan semula Salsabila Nadhifa?"
"Insya-Allah,
boleh. Asalkan, Najlah dan Taqiya sanggup berkoban."
"Ada syarat khusus tak?"
"Ada.
Sabar. Solat. Bai’ah. Jemaah. Jujur."
Az-Zahra' baru dilantik sebagai
kapten bola jaring. Sejak perlantikannya, pelbagai cabaran melanda. Az-Zahra'
hampir di gantung sekolah kerana sepucuk surat layang.
Siasatan terperinci telah dilakukan.
Guru Kelab Bola Jaring, Puan Jauza membela dan banyak memberikan solusi di saat-saat
getir.
Berkali-kali Az-Zahra’
dan Puan Jauza meyakinkan Pengetua dan Penolong Hal Ehwal Pelajar, yang ianya
berbau fitnah. Lebih menghayat hati, apabila Taqiya dan Najlah menjauhkan diri.
Mereka enggan mencampuri urusan kaptennya. Hubungan mereka hampir goyah.
Az-Zahra' cuba memujuk dirinya untuk sabar dan solat.
Kekecohan ini
berjaya diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Gurunya cuba memujuk Az-Zahra'
dengan menawarkan tiket ke Seminar Kesukanan. Usaha ini tidak berjaya, jika Az-Zahra'
tidak memohon petunjuk dari Pencipta.
Sekolahnya
telah melakar sejarah dinobatkan sebagai johan untuk tujuh tahun
berturut-turut. Itu adalah kebanggaan lima tahun lepas. Az-Zahra' telah
melantik sekretariat bagi membantunya merealisasikan impian Puan Jauza. Usaha
ini telah dibincangkan secara holistik bagi membaiki mutu setiap pemain.
"Az-Zahra',
terima kasih kerana membuka peluang untuk kami mencuba."
"Syauqiya patut terima kasih
pada sekretariat kelab. Ini jihad bersama."
"Syauqiya
dah viralkan di fesbuk, IG, Twitter dan Watsapp."
"Masya-Allah, terima kasih Syauqiya.
Kami mencari tim yang komited untuk menjayakan misi berat ini."
"Insya-Allah,
Syauqiya daftar ya."
Adakah saudari memiliki ciri-ciri
yang kami cari?
+ Solat Berjemaah.
+ Sesi Latihan Isnin, Rabu dan
Jumaat.
+ Wajib Menutup Aurat.
+ Lulus Ujian Bertulis dan
+ Lulus Temuduga.
"Syauqiya.
Boleh tahan kriteria nak jadi pemain bola jaring. Tak logiklah."
"Oklah tu. Haura cubalah mohon."
"Ini
idea siapa? Kaptenkah?"
"Tentulah Puan Jauza."
"Dia tu,
bukanlah pengawas sekolah. Pelajar biasa macam kita."
"Maaflah, jika tak puas hati,
baik tanya Puan Jauza sendiri."
"Nak
borang tak ni?"
"Haura bukan apa. Nanti kesian
kapten penat melayan kerenah kami."
"Az-Zahra'
ada buat silap ke, sampai Haura jadi begini?"
"Betul Syauqiya nak tahu? Dia tu
hampir-hampir kena gantung sekolah."
"Astaghfirullahal’azim.
Bukankah dia tak bersalah?"
Sekretariat telah bertungkus-lumus
menyaring permohonan. Bermula dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam. Ada
juga nama-nama yang dicam sudi memberikan sokongan.
Hampir 70 permohonan,
hanya 17 orang sahaja layak terpilih. Daripada jumlah itu, latihan intensif
akan diberikan kepada baki 10 pemain. Surat tawaran telah diedarkan bagi mereka
merancang jadual supaya tidak mengganggu pelajaran.
Taqiya selaku
Setiausaha telah berjaya mendapatkan penaja dari badan NGO dan korporat.
Manakala Najlah menggalas amanah sebagai Bendahari. Puan Jauza tidak lokek
dengan nasihat dan bimbingan berterusan buat kelabnya.
Hampir 40 hari menjalani latihan, 10
pemain sudah sebati dengan modul latihan. Pada mulanya, agak segan dan tidak
sehaluan. Bakat kepimpinan Az-Zahra' dan komitmen para pemain, melancarkan pelan
Puan Jauza.
Usai solat
Asar berjemaah, Az-Zahra' telah menitipkan sedikit amanat. Gugup kerana amanat
ini sepatutnya di sampaikan oleh Puan Jauza. Atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan, Az-Zahra' gagahkan juga.
"Insya-Allah, kita akan mula beraksi
tak lama lagi. Semuanya telah diusahakan bersama-sama. Cikgu yakin, kita boleh
menang demi maruah sekolah kita.
Haura akan bermain di posisi tengah
(C). Syauqiya sebagai penjaring gol (GS). Taqiya sebagai penyerang gol (GA).
Najlah sebagai penyerang sayap (WD). Tasneem sebagai penjaga gol (GK). Lutfiya
sebagai penahan gol (GD). Ulfa sebagai pertahanan sayap (WA). Talita, Marwa dan
Yumna sebagai pemain simpanan. Az-Zahra' akan ganti Syauqiya di saat-saat akhir.
Ada sebarang soalan?"
"Az-Zahra'
ganti saat-saat akhir? Kenapa ya?"
"Maaf. Ini pelan cikgu. Jadi,
sebaiknya kita hormati."
"Jika
tim kita berjaya, ada bonus tak?"
"Insya-Allah. Ada. Sebelum dan
selepas. Minggu ni, kita bercuti sambil meregangkan stres."
"Wah!
Percuma ke bayar?"
"Kita hanya bayar RM25. Yang
lain akan ditaja."
Taklimat dan
motivasi telah dihadiri oleh tim dengan jayanya. Ukhuwah sesama mereka bertaut
kemas. Sesi terakhir telah membuatkan semua menitiskan air mata. Syahdu.
Pertandingan
peringkat persahabatan bermula dengan laluan mudah. Debaran masih terasa
terutamanya Az-Zahra'. Beliau perlu bertenang supaya timnya kekal bermotivasi
untuk beraksi.
Suasana agak
tegang seketika kerana pasukan terikat 5 sama. Puan Jauza mengarahkan Az-Zahra’
menggantikan Syauqiya. Syukur, kerana pelan Puan Jauza membawa kejayaan kepada
timnya.
"Az-Zahra'
akan bertukar ke sekolah lain. Ini pertandingan terakhirnya."
Pengumuman itu mengejutkan semua tim
usai pertandingan. Seingat mereka, Az-Zahra' berjaya meyakinkan timnya beberapa
strategi sewaktu latihan. Solat berjemaah adalah nadi utama.
Az-Zahra’ berkongsi
pengalaman dan informasi bola jaring. Dia juga telah melantik wakil dari setiap
pasukan rumah sukan menyertai timnya. Taktik dan teknik yang dipelajari sewaktu
seminar, benar-benar membuka mindanya untuk membaiki mutu pelajaran.
"Muafakat
itu berkat, berpecah itu azab." Justeru, ukhuwah Salsabila Nadhifa menjadi
fenomena hingga membanggakan sekolah tercinta. – Sekolah Menengah Raudhah.
Wallahua’alam.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.
0 comments:
Post a Comment