Musafir Nur Iman

“Ibu, jadual Najma minggu ini penuh.”
“Mahu ke perpustakaan atau rehlah jelajah?”
“Ada jemputan untuk berkongsi inspirasi di luar bandar.”
“Ayah tahukah?”
“Ini yang Najma segan. Mereka baru maklumkan. Ini Whatsappnya.”
“Ibu dan ayah sudah berikan dorongan. Mana mungkin kami tidak faham.”
“Alhamdulillah, syukurlah sebab ibu dan ayah paling faham Najma.”
“Pesan kami, jaga hak Allah, Allah pasti jaga hak kita.”
“Najma tidak tahulah, jika ibu dan ayah tiada di sisi.”
“Berapa hari Najma ke sana?”
“3 hari 2 malam.”
“Sudah buat persiapan?”
“Najma buat lepas maklum pada ayah.”
“Eloklah begitu.”
“Slotnya 30 minit. Mencabar juga.”
“Mencabar kerana aura panelis tersohor barangkali.”
“Ibu doakan Najma. Segan mana mahu letak muka anggun ni.”
“Nanti Najma buat latihan.”
“Bagaimana Najma mahu berlatih di saat-saat yang singkat ini?”
“Cuba dahulu. Belum berperang sudah mengaku kalah.”
Jika kita mahu bahagia membahagiakan, cuba bahagikan masa untuk menimba kebaikan.
Hidup bermasyarakat lebih dianjurkan berbanding tidak bergaul sesama insan.
Ada amanah yang perlu dimainkan bagi bantu membantu mendaulatkan kalimah tauhid.
Jika kita berada di tengah masyarakat, barulah kita boleh muhasabah diri dan baiki.
Sampai kiamat pun, perbezaan perlu dirai.
Waktu itu, hormati dan cari persamaan dengan menilik aib sendiri.
Apapun, carilah jalan bagi merealisasikan amal makruf nahi mungkar.
Bagaimana?
Rasulullah s.a.w. dan umatnya, berpisah tiada.
#secerahbintangbidadaridunia

HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment