Spa Raudhah

“Ibu, Najma rasa elok kita belikan kitab untuk buah tangan.”
“Mumtaz! Pilihlah kitab yang mana?”
“Ayah, Najma mahu 5 naskah boleh?”
“Najma carilah dahulu.”
“Sudah. 5 buah kitab.”
“Apa tajuknya?”
“Fiqh Keutamaan – Akidah dan Wasatiyah.
Fiqh Keutamaan – Ibadat dan Wasatiyah.
Fiqh Keutamaan – Ekonomi dan Wasatiyah.
Fiqh Keutamaan – Keluarga dan Wasatiyah.
Fiqh Keutamaan – Politik dan Wasatiyah.”
“Masya-Allah. Semuanya menarik.”
“Buah tangan ini untuk bacaan Najmakah?”
“Tidaklah ibu. Mahu berikan pada jiran.”
“Mari kita pakejkan. Ada novel, motivasi dan komik.”
“Najma selektif dengan novel.”
“Maksud Najma?”
“Ayah, novel apakah yang bila dibaca membuatkan kita Ulul Albab?”
“Insya-Allah, tulisan Prof Hamka.”
“Baik. Ayah belanja novel tu. Ibu belanja motivasi dan komik, ok?”
“Majalah Persepsi Oasis. Mahukah Najma?”
“Mana-manalah ayah. Yang penting,ROI mestilah Ulul Albab.”
“Kenapa Najma? Macam kecewa bunyinya.”
“Ayah, pembaca ni unik dan pelbagai.”
“Ya betul. Jadi?”
“Kita tidak mampu ubah sikap manusia. Moga dengan bahan bacaan Ulul Albab, asbab Allah ubah hati mereka.”
“Ya Najma. Ibu setuju. Terima kasih mengingatkan kami bab itu.”
“Najma insan lemah. Tetapi Najma yakin, akan ada penulis yang amanah ke arah itu.”
“Apa kata, Najma yang mulakan dahulu.”
“Seriuskah ayah?”
“Insya-Allah, cubalah. Ibu akan edit dan ayah akan komen dahulu.”
“Najma perlu kajian dan pembangunan dahulu.”
“Iqra’. Iqra’. Iqra’ dan tulis.”
Ada orang rapat dengan jiran tetangga bagai isi dan kuku.
Ada yang berkorban demi manfaat bersama.
Ada yang berjiran berlainan agama dan bangsa.
Apapun kaedahnya, hak jiran tetangga tetap ada silibusnya.
Bagaimana kita mahu mempertautkan ukhuwah sesama jiran tetangga?
Tidak perlu bermula dengan hal diluar kemampuan kita.
Sifirnya sudah lama diamalkan oleh saudara seakidah.
Pesan murabbi, “jika kita tidak suka orang buat pada kita, kita usah buat begitu pada mereka.”
Contohilah Nabi, meskipun disakiti tetapi masih santun menyantuni.
#secerahbintangbidadaridunia

HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment