Percayakah kita bahawa masih ramai
yang meremehkan perintah solat? Orang yang solat dianggap musuh, dituduh
sembarangan, malah sanggup disakiti dan dipulaukan. Lebih malang lagi, menghalang
orang lain untuk mendirikan solat.
“Solat
itu ibu ibadah. Sebaik mana Irham sesama orang lain, tanpa solat alangkah
sedihnya. Puas Tasnif mengingatkannya.”
“Ajaklah ke majlis ilmu anjuran
surau. Moga hatinya terbuka.”
“Dia banyak berjasa untuk syarikat.
Tanpa solat, sayanglah.”
“Begini. Apa kata kita hadiahkan
buku? Ulang tahun kelahirannya bulan depan.”
“Setuju!”
Irham baru pulang dari menghadiri
mesyuarat. Hatinya benar-benar tertekan. Dia keliru dengan permintaan yang
tidak selari dengan polisi syarikat. Fikirannya benar-benar kusut. Matanya
tertumpu kepada satu bungkusan yang cantik.
“Selamat
Hari Ulang Tahun! Moga menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya. Asas
dalam urusan adalah dengan Islam dan tiangnya ialah solat. Ini pesan Nabi.” Nota
kad ulang tahun buat Irham.
Sambil
membelek hadiah yang baru diterima, hati berbunga-bunga. “Hadiah buku. Sukanya
saya. Siapalah pengirimnya.”
Bercinta
Dengan Solat
Patutlah hati ini terasa kosong.
Walhal, nikmat pangkat, gaji, rumah, sihat dan masyhur ada padanya. Rupanya,
istidraj. Semua yang dilakukan tidak pernah cukup. Pasti ada sahaja kekurangan,
rungutan dan tidak puas hati.
Solat
Jumaat ditunaikan bagi menutup rasa malu. Solat fardu, tidak dilaksanakan.
Banyak masalah. Kerja yang berlonggok dan tertunggak. Kerjanya, orang lain yang
siapkan. Dia hanya tahu, mengarah. Hal ini berterusan hingga menerbitkan rasa amarah
di kalangan orang yang berurusan dengannya.
Jika
dosa maksiat ini bertahkta, pasti hidupnya penuh dengan kepura-puraan. Ada sahaja
musibah bertimpa-timpa dirinya. Ibarat, sudah jatuh ditimpa tangga. Akhirnya,
hati semakin jauh dari rahmat-Nya. Dirinya diperdaya bisikan syaitan durjana
dan hawa nafsu liar. Padanya, habuan dunia, material, kuasa dan pengaruh adalah
matlamatnya.
Orang sebegini turut merosakkan
orang lain. Tindak tanduknya bertententangan dengan hati yang dipenuhi dengan
sifat tenang. Dia sukar menyelesaikan masalah, walaupun dalam sekecil-kecil
hal. Nauzubillahi minzalik.
Panggilan
Agung
Solat
itu wajib ke atas setiap individu Muslim. Ianya merupakan perintah dan mikraj
Mukmin. Solat dapat memagari diri dari dosa maksiat. Hati yang berdosa, akan
menyukarkan kita mendapat rahmat dan kasih sayang Pencipta.
“Bacalah
serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa-apa yang diwahyukan kepada kamu
daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu
mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah
adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan ingatlah Allah mengetahui akan
apa-apa yang kamu kerjakan.”
[Terjemahan al-Ankabut ayat 45]
“Tahniah Irham! Bertuah kerana
mendapat tawaran umrah. Inilah rezeki.”
“Irham belum beri kata putus.
Maklumlah, banyak kerja.”
“Irham, peluang ini hanya datang sekali.
Bacalah artikel umrah ini dahulu. Bertuah Irham. Dalam ramai-ramai, Allah pilih
Irham sebagai tetamu-Nya.”
“Kemudian
apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan
mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring.
Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman), maka
dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat
itu adalah sesuatu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,
yang tertentu waktunya.”
[Terjemahan an-Nisa’ ayat 103]
“Tasnif,
Irham banyak dosa. Selama ini solat seminggu sekali.”
“Tidak mengapa. Syukur sebab Irham
masih belum terlambat untuk belajar dan baiki solat.”
“Irham masih kabur. Buat masa ini,
sedang membaca buku Formula Solat Sempurna. Syukurlah, Allah beri peluang
kedua.”
“Alhamdulillah.
Subhanallah. Allahuakbar. Tasnif teringat hadis Nabi,
“Sesungguhnya
antara seorang lelaki dengan kesyirikan dan kekufuran sempadannya adalah
meninggalkan solat.”
[Imam Muslim]
“Irham
akui menjaga solat, hati semakin tenang dan tenteram. Nabi juga pesan bermaksud,
“Sesungguhnya
amalan pertama yang dihisab bagi seseorang hamba pada hari Kiamat ialah
solatnya. Jika solatnya baik, maka dia akan menang dan berjaya. Sekiranya
solatnya itu rosak, maka dia akan binasa dan rugi.”
[Imam Tirmizi]
“Irham
sedang mujahadah. Bukankah solat fardu berjemaah itu dituntut? Biarlah
istiqamah.”
“Maksudnya Irham setuju dengan
tawaran umrah itukah?”
“Irham perlukan masa.”
“Inilah masanya. Usah bertangguh
lagi.”
“Irham berbelah-bahagi. Kerja
disini masih berlonggok.”
“Kerja tidak pernah habis. Utamakan
solat dahulu, Insya-Allah, pasti dipermudahkan.”
“Baiklah. Biar Irham solat taubat sebelum
berangkat ke Tanah Suci.”
“Alhamdulillah. Ini khabar
gembira.”
“Irham takut dengan ancaman neraka.
Jahilnya Irham.”
“Apakah
yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, Kami dahulu
bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.”
[Terjemahan al-Muddathir ayat 42
dan 43]
“Allahuakbar! Tak kenal maka, tak
cinta.”
“Memang
benar. Terima kasih Tasnif. Saya berhutang dengan seseorang?”
“Dengan siapa Irham?”
“Pemberi hadiah buku Formula Solat
Sempurna.”
“Syukurlah. Yang penting, doakan
sahaja si pemberinya.”
“Jangan-jangan,
hamba Allah itu Irham kenal tak?”
“Usahlah fikirkan. Bayar dahulu
hutang Allah. Seumur hidup tidak berbalas.”
“Insya-Allah.”
Hati Tasnif tidak putus-putus
mendoakan agar Irham dikurniakan hati yang baru. Moga sekembalinya ke tanahair,
solat menjadi pendampingnya. Biarlah, umrahnya makbul. Dikurniakan rahmat untuk
membantunya menjadi pekerja Rabbani.
Dakwah bukanlah tugas mudah. Ianya
ibadah sukarela. Hanya mengharapkan saham kekal dari Yang Esa. Kesukaran dan
asam garam dakwah pasti berbalas syurga. Menyedari hidayah hak mutlaq Allah
mengikut ilmu-Nya, Tasnif hanya berusaha.
Justeru, bagaimana dengan solat
kita? Moga ianya bertambah khusyuk dan diterima Yang Maha Pencipta.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.
0 comments:
Post a Comment