"Dengarnya ada staf baru minggu depan."
"Alhamdulillah. Staf dari mana?"
"Jabatan Media. Yasyfin perasan tak?"
"Tak pula. Apa maksud Balkis?"
"Sejak akhir-akhir ni, keluar masuk staf tak menentu."
"Mungkin, pihak atasan mahu kita lebih sukses."
"Sukses apanya? Sukses melobi ke mengaircond?"
"Laa ila haillallah. Balkis marahkan siapa ni?"
"Entahlah. Staf lama macam kain buruk. Staf baru, bajet kilauan permata."
"Tenanglah. Selagi hak asasi dijulang, Yasyfin ok."
"Julang tak ada. Tunggang langgang adalah. Buat-buat tak faham ke apa?"
"If we can't compete, we collaborate."
"Ingat senang? Lebih baik lupakan sahaja. Tak nak campur."
"Belum berperang dah mengalah, apa kes?"
"Ingat mereka nak dengar? Baik dengar kuliah."
"Dengar kuliah tu satu hal. Tolong cari solusi pun satu hal."
"Nak ditegur, pangkat kita tak sekufu. Boleh ke?"
"Sembang macam sahabat. Bukan macam nak bersilat."
"Bila masanya? Kita nikan sibuk. Mustahil."
"Balkis kalau nampak orang tersayang buat silap, bagaimana?"
"Kalau darah daging sendiri, rasa nak timang tinggi-tinggi."
"Kalau sahabat karib?"
"Tarik-tarik rambut. Lepas dah bagi sebelas das sentapan, bincang hati ke hati."
"Kreatif. Ingatkan main kasar tadi."
"Wanita anggun dan solehah. Itukan password sejati."
"Baik. Apa kata Balqis adaptasi di sini."
"Ini realiti ke fantasi?"
"Yasyfin serius ni."
"Balqis, minum jom. Hauslah. Dah nak maghrib pun."
"Minum? Boleh, boleh lepas kita fikirkan solusi."
"Hal ni bukan ada dalam skop kerja kitalah."
"Balkis yang anggun dan solehah."
"Amin Allahumma Amin. Cairnya rasa."
"Dah. Dah. Dah. Janji cari solusi. Maaf, nak balik sekarang."
"Sampai hati Yasyfin buat begini?"
"Balqis lagilah. Sampai hati biarkan saudara seakidah menzalimi dirinya sendiri."
"Aduh. Seriusnya Yasyfin. Ok. Ok. Ok."
"Apa yang ok?"
.......
0 comments:
Post a Comment