Travelog Penuntut Ilmu

Rata-rata sahabat seperjuangan telah mencalonkan diri untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Hampir semua permohonan dihantar atas talian. Musfirah tidak berminat untuk menghantar sebarang permohonan.
“Musfirah, apa yang sukarnya? Mohon sahaja. Manalah tahu, ada rezeki. Boleh kita jadi rakan sekuliah.”
“Keputusan Nusaibah menjadi rebutan semua IPTA dan IPTS. Malah, boleh ke luar negara. Musfirah bercadang untuk bekerja.”
“Bukankah usia kita untuk belajar? Pelajaran penting untuk menjamin masa depan.”
“Musfirah nekad untuk bekerja. Lagipun, ayah tidak pernah membantah. Nusaibah teruskanlah impian Nusaibah. Soal Musfirah, doakan yang terbaik.”
“Awal bulan depan, Musfirah akan mula melaporkan diri. Ayah yang aturkan. Bagaimanakah suasana bekerja? Apa pandangan Nusaibah?”
“Musfirah beruntung. Seelok-eloknya, urus masa. Yang penting, positif.”
“Baiklah Nusaibah. Insya-Allah, harapnya tidak sesukar soalan peperiksaan.”
Menghargai
Musfirah mula bekerja. Dia ditemani ayahnya. Menghantar dan menjemput sudah menjadi rutin sejak bersekolah. Bekal yang disediakan oleh mama sentiasa membuka selera.
“Ayah, dengar Izyan sambung di bahagian kemahiran. Musfirah tumpang gembira. Nusaibah pula telah memulakan kuliahnya. Musfirah seronok kerana mendapat rakan kerja yang baik. Tidak lokek berkongsi informasi.”
“Syukurlah. Musfirah pasti menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti. Belajar untuk bersabar dan rendah hati.”
“Benarkah ayah? Bukankah Musfirah tidak menyambung pengajian? Mustahil Musfirah boleh berjaya.”
“Sampai nanti, niatkan kerana Allah. Masuk waktu solat, tinggalkan kerja dan dirikan solat. Biasakan berjemaah di surau. Ambil masa untuk mendengar majlis ilmu. Ingat, kerja itu ibadah.”
“Musfirah wajib menjaga aurat. Tidak salah kelihatan cantik, tetapi usah berlebih-lebihan. Ayah suka dengan penampilan Musfirah.”
“Insya-Allah. Musfirah selesa imej begini. Semuanya pilihan ayah dan mama sejak dari kecil. Ada yang memuji dan mengeji. Lemas juga Musfirah memikirkan mereka. Musfirah biarkan sahaja.”
“Apa kata Musfirah ajak dia makan semeja? Musfirah makan tidak pernah pelawa agaknya. Hujung bulan nanti, Musfirah belanja. Mungkin dia okey.”
“Nanti Musfirah fikirkan idea itu. Ayah ada idea lain?”
            “Cubalah idea ini dahulu.”
Kenapa idea ayah pelik? Musfirah tidak bersalah, di suruh makan semeja atau belanja makan. Ayah sokong Musfirah atau mereka? Ini mesti ada sesuatu. Ada baiknya Musfirah ikut saranan ayah.
Percaya Diri Sendiri
“Musfirah, tolong semak proposal ini. Pastikan tiada kesalahan. Saya ada mesyuarat Jumaat ini. Siap, kita bincang.”
“Baik Puan Husna. Ini bajet terkini yang telah dibetulkan.”
“Terima kasih. Minggu depan, saya bercuti. Ada beberapa perkara yang perlu Musfirah ambil alih sewaktu saya tiada. Petang ini, jumpa saya.”
“Wah! Melancong bersama keluarga. Kali ini Istanbul ke Jepun?”
“Mana Musfirah tahu?”
            “Bukankah Puan Husna pernah nyatakannya sebaik pulang dari Umrah yang lalu?”
“Musfirah, sebab itulah saya suka kerja dengan awak. Tajam fikiran dan kuat ingatan.”
            “Allahuakbar. Ke situ pula Puan Husna.”
Jiwa Besar
Nusaibah dan Izyan sibuk sejak bergelar mahasiswi. Musfirah bercadang untuk makan bersama. Mama boleh siapkan juadah kegemaran mereka.
“Musfirah, hujung ini Nusaibah dan Izyan tidak dapat berjumpa. Kami banyak tugasan dan program.”
“Biasalah, mahasiswi. Tentu sibuk menyusun jadual dan kuliah.”
 “Usahlah sedih. Kami mengidam nasi lemak kerang dan lontong mama Musfirah.”
“Insya-Allah. Ada rezeki, kita jamu sama-sama.”
            “Wah! Terliur dan pasti menjilat jari-jemari.”
“Macam mana dengan pengajian Izyan dan Nusaibah?”
“Izyan sudah mahir menjahit langsir. Nusaibah, sibuk mencari bahan rujukan. Kuiz dan peperiksaan hampir setiap minggu.”
“Musfirah pun sibuk dengan kerja dan latihan. Travelog Pendosa, belum terusik.”
“Musfirah, ada seminar Fiqh Solat hujung bulan ini. Nusaibah sudah daftar.”
“Insya-Allah. Ok, nanti kita sembang lagi. Jaga diri. Salam’alaik.”
Setia
Izyan bakal menjadi usahawan dengan kemahirannya. Nusaibah pasti bergaji besar setelah tamat pengajian kelak. Musfirah?
Astaghfirullah wa atubu ilaih.
Rezeki setiap manusiakan telah diatur oleh Yang Esa. Kita usaha. Kejayaan dalam bidang akademik bukanlah ukuran yang relevan. Bidang kemahiran pun boleh bergelar usahawan. Semuanya tidak mustahil asalkan kita fokus dan istiqamah.
Meskipun Musfirah tidak menyambung pengajian, dia bercadang untuk bekerja sambil belajar. Ayah dan mama Musfirah telah menghormati hasratnya. Musfirah perlu bijak membahagikan masa untuk diri, keluarga, kerjaya dan pelajaran.
Rutin ayah sebagai peneman setia dan air tangan mama menyediakan bekal mengembirakan hati Musfirah. Tautan persahabatan antara Izyan dan Nusaibah masih utuh. Bertemu untuk menjamu juadah kegemaran mereka dan hadir ke majlis halaqah, terubat rindu.
Ukhwah fillah ini turut diraikan menerusi laman sosial.
Moga Allah rahmati dan redai persahabatan ini hingga ke destinasi abadi dengan izin-Nya.

“Sekiranya kamu telah berazam, maka bertawakallah pada Allah.” 
(Terjemahan surah Ali-‘Imran ayat 159)
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment