Pekerja Mukmin

"Uzair, dah jumpa calon untuk ganti staf belum?"
"Belum. Aisy nak rekomen siapa?"
"Aisy mahu yang profesional dalam dan luar."
"Masya-Allah. Boleh tahan juga seleranya."
"Ini wajib. Yang lain tu, bonus dan pakej."
"Ada benarnya."
"Uzair mahu staf yang bagaimana?"
"Tentulah yang wibawa, jaga solat dan amanah."
"Ada lagi ke staf begitu?"
"Insya-Allah. Kita kena jadi macam tu dahulu. Barulah kena cari dan jalankan imtihan."
"Di syarikat yang sekular, Aisy pun tak berani nak jamin apa-apa."
"Syarikat hanya ladang mencipta pahala. Ini jihad kita bersama."
"Penat melayan AGM pun entah bila habisnya."
"Kita ubah strategi, mahu?"
"Bagaimana mahu ubah dengan orang yang sekular? Kita balik disalahkannya."
"Kita zahirkan dengan perbuatan. Sambil mengajak sujud kepada Tuhan."
"Surau kat bawah pun tak jumpa jalan. Ada harapan?"
"Kita tolonglah mana yang perlu."
"Maksud Uzair?"
"Bagaimana Aisy akan bantu orang tersayang jika tidak solat?"
"Mula-mula Aisy ajak keluar. Sebelum tu, belanja makan dahulu. Masuk waktu, singgah solat."
"Baik. Jika dia enggan solat?"
"Kita ulang berkali-kali. Mungkin dah lama culas, nak mulakan agak mencabar hati."
"Kemudian jika masih tak berhasil?"
"Aisy sponsor tiket ke seminar. Buat secara senyap. Manalah tahu, dia malu tapi mahu."
"Hebat. Jika dia berat hati, bagaimana?"
"Whatsapp nota-nota santai berkaitan solat."
"Idea terpuji. Sebaiknya, mesej itu ibarat menarik rambut dalam tepung."
"Setuju! Lebih bermakna jika kita hadiahkan buku sempena ulang tahun kelahiran pun ok."
"Untunglah. Uzair pun naklah."
"Dah solat fardu berjemaah tak tinggal pun mahu jugakah?"
"Mahu. Solat ni kena bercinta. Nak kekalkan cinta ingat semudah bercakap?"
"Baiklah. Kami tempah satu kerusi ke seminar."
"Bergurau pun marahkah?"
"Mana ada. Kita seirus ni."
"Jika segala ikhtiar kita telah laksanakan, namun saudara seakidah masih liat untuk solat bagaimana ya?"
"Kita gandakan lagi ikhtiar. Allahkan janji, siapa yang taqwa akan diberi jalan keluar. Apa yang kita nak risau?"
"Risau kerana terkenangkan amaran mencuaikan solat."
"Itu bagi yang insaf. Yang belum insaf? Mahu atau tidak, amar makruf nahi mungkar perlu berterusan."
"Hati kita ni, kena suburkan dengan ilmu. Digilap dengan amal soleh. Dizahirkan dengan adab."
"Ini yang mencabar. Jika Nabi berjaya, kita tirulah Nabi."
"Insya-Allah. Sekeras-keras hati kita, jika sampai masa akan mencari kebenaran."
"Pilihan masih di tangan sendiri."
"Madrasah kehidupan adalah misi untuk menjayakan visi Pencipta."
"Jika ujian hadir, kita raikan dengan bertaut pada akidah. Inilah pilihan tepat buat semua."
"Dengannya, insya-Allah Dia akan bantu kita."
"Tidak ada siapa yang mahu berakhir di neraka jahanam, meskipun diri kita pendosa."
"Yang jadi pendosa kenapa?"
"Kita pula, usah selesa melihat pendosa."
"Laa ila haillallah. Usah buat kerja Tuhan."
"Wal'iyazubillah. Kita tak berani, cuma hairan kita kena buat kerja AGM, SM, M dan siapkan kerja staf kita."
"Bila visi kita jelas, misi menjadi alat."
"Allahumma solli 'ala Muhammad."
.......


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment