“Mengapakah Pengurus
yang seorang ini sering pilih kasih? Asyik-asyik salah Thoriq. Serba-serbi
tidak kena di matanya. Jika membantah, dikatakan kaki melawan.”
“Thoriq, diakan Pengurus.
Adatlah kalau sikapnya begitu. Pasti ada sebabnya.”
“Kalau bukan kerana Thoriq,
jabatan kita tidak menang trofi. Sudah lupa ke atau buat-buat lupa?”
“Bukankah kemenangan
itu kerana sumbangan berjemaah?”
“Kalau diikutkan, Thoriq
yang bertungkus-lumus siapkan projek mega itu. Hendak harapkan Azfar,
lintang-pukang jadinya. Sakit hati juga jika difikirkan.”
“Thoriq hendak mengadu
kepada pihak pengurusan? Lupakanlah. Silap haribulan, kita balik dikritik dan dilabel
yang bukan-bukan.”
“Azfar ada cadangan
lain?”
“Apa kata kita
lupakan. Ada benarnya teguran Pengurus.”
“Itu Thoriq boleh
tahan lagi. Kalau betul, usah tegur waktu mesyuarat. Thoriq pun ada harga diri.
Kita bukan remaja lagi. Malulah Azfar.”
“Tenanglah Thoriq. Kita
fokus projek baru. Pengurus lebih suka kalau ianya disiapkan lebih awal.”
“Yang dia tahu, cepat. Lainlah kalau dia ajar.”
“Diakan Pengurus.
Lagipun, jika ada masalah, boleh bincang katanya.”
“Macamlah bincang
dengan Pengurus, masalah boleh selesai. Azfar kalau bercakap tidak sakitkan
hati boleh?”
“Dari mula lagi, kitalah
yang pecah kepala memerah otak. Yang Pengurus tahu, mengutuk. Azfar lupa ke?”
“Trofi yang kita
menang, Pengurus sikit pun tidak hargai usaha kita. Dia asyik puji dirinya
sendiri.”
“Itu tandanya, kita
boleh bekerjasama. Sokong-menyokong.”
“Cek itu apa cerita?
RM5,000 bukannya sikit. Bernilai Azfar.”
“Pandailah Pengurus
agih-agihkan. Sibuk agaknya.”
“Gajinya pun mahal.
Sedekah sahaja pada kita semua, murah rezeki dia. Jangan dia kelabu mata,
sudahlah.”
“Azfar yakin, Pengurus
tidak sezalim itu.”
“Yang Azfar asyik bela Pengurus, kenapa? Ada hubungan darah
ke dengan dia?”
“Memanglah
ada. Pengurus itukan saudara seagama kita. Kenapa hendak bermusuh dengannya?”
“Pengurus yang suka cari pasal. Kalau tidak, Thoriq okay
sahaja. Kalau Pengurus itu mukmin professional, lainlah.”
“Ini kisah
kepimpinan melalui tauladan ke? Kita ikut Rasulullah. Jika dikenangkan
kepedihan perjuangan Rasulullah, lagi tragis dan meruntun jiwa.”
“Azfar, Pengurus yang berhati mukmin professional persis Tuan
Naqiuddin. Tiada siapa boleh menggantikan beliau.”
“Siapa
cakap? Thoriq atau Azfar boleh gantikan beliau.”
“Bagaimana? Mustahil?”
“Itulah.
Meskipun beliau ditukarkan ke jabatan lain, tetapi sikap mukmin profesional
beliau perlu kita warisi.”
“Pengurus yang perlu mulakan. Kenapa pula pekerja seperti
kita yang terhegeh-hegeh?”
“Inilah
silap kita. Bukankah Tuan Naqiuddin telah mewasiatkan kepada kita sewaktu
jamuan perpisahan lalu?”
“Pemimpin mukmin professional dipilih untuk ditaati bukan
menyakitkan hati.”
“Thoriq, mungkin
ini ujian buat kita. Kita pilihlah untuk mewarisi wasiat Tuan Naqiuddin.
Insya-Allah, Pengurus pasti akan berubah.”
“Sikap Pengurus yang macam inilah yang menghabiskan duit
syarikat. Mana hatinya terang. Makin malap adalah.”
“Kita
bantulah Pengurus. Bukan menghukum Thoriq.”
“Azfar sanggup? Silakan.”
“Tuan Azfar,
Pengurus hendak jumpa sekarang.”
“Baik Puan Bahirah. Pengurus pesan, bawa laporan terkini
sekali.”
“Maaf Thoriq,
nanti kita sambung.”
“Tahniah Thoriq dan Azfar. Bila hendak belanja Puan Bahirah?”
“Terima
kasih. Soal itu, Insya-Allah.”
“Maaf, Puan Bahirah minta diri dahulu Thoriq.”
“Puan
Bahirah, kenapa Pengurus hendak jumpa Azfar? Tidak cukupkah, emel dari Azfar?”
“Itu Puan Bahirah tidak pasti.”
“Apa yang kita fikir,
apa yang emosi kita rasa dan apa yang kita buat, ianya pantulan kepada diri
kita.” – Inilah antara mutiara kata Tuan Naqiuddin. Astaghfirullah wa atubu
ilaih. Aku perlu muhasabah.
“Aduhai Azfar, kenapa
lama sangat mengadap Pengurus? Perut sudah berqasidah.”
Jam tangan Thoriq menunjukkan
13:00 tengahari.
Thoriq menghampiri
meja Azfar. Matanya terpaku kerana terlihat mutiara nota. Dia membaca dengan
penuh penghayatan.
“Wahai
orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya
kebanyakan dari prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari
kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang
lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah
mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”(Terjemahan
surah al-Hujurat ayat 12)
Wallahua'lam.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.
0 comments:
Post a Comment