“Zahira,
Nawwarah dilantik menjadi ketua. Rakan sekuliah telah memberi isyarat supaya
mengadakan program sebelum habis belajar.”
“Besar
sungguh harapan mereka. Buatlah perancangan dari sekarang.”
“Kenapa
pelajar yang perlu anjurkan? Bukankah pihak pentadbiran yang patut uruskan?”
“Jika
betul pun pihak pentadbiran yang bertanggungjawab, pasti rakan sekuliah tidak
menyuarakan hasrat itu.”
“Apa
kata Dr Jahirah, Nawwarah? Cuba mohon pandangan beliau. Manalah tahu, sangkaan
kita silap.”
“Inilah
yang merunsingkan Nawwarah. Menurut Dr Jahirah, pelajar sesi yang sebelum ini
turut beria-ria tetapi tidak berjaya.”
“Mungkin
tiada rezeki. Lagipun, rakan sekuliah yang mencadangkan. Jadi, dari segi kerjasama
tidaklah menjadi isu.”
“Apa
yang perlu Nawwarah buat? Zahira tolonglah. Kepala ini serabut rasanya.”
“Buat
lakaran atau seakan kertas kerja ringkas. Kemudian, bincang dan mohon pandangan
Dr Jahirah.”
“Buatnya
Dr Jahirah tidak setuju, penatlah Nawwarah. Ingat senang ke hendak fikirkan?”
“Begini.
Nyatakan gambaran sedikit sebanyak tentatif program. Buatlah hujung minggu, 2
hari 1 malam. Soal bajet, kutip mengikut kemampuan.”
“Banyak
kerja Zahira. Kami ada dalam 30 orang pelajar.”
“Cuba
buat kajian tentang lokasi, harga chalet, bajet makan dan minum. Soal
pengangkutan, sewalah van atau konvoi.”
“Agak-agak
bajet seorang lebih atau kurang dari RM100? Maklumlah, kamikan pelajar. Nilai
itu sangat besar untuk dibayar.”
“Kita
buat sistem menabung dari sekarang. Selepas Dr Jahirah bersetuju, lantik
beberapa ahli jawatankuasa untuk membantu Nawwarah.”
“Ini
pun bukan tugas mudah.”
“Selepas
itu, adakan perbincangan sesama ahli jawatankuasa. Barulah, maklumkan kepada
rakan sekuliah.”
“Lantik
ahli jawatankuasa untuk apa Zahira?”
“Pastilah
untuk membantu program Nawwarah direalisasikan. Sanggup buat seorang diri
hingga program selesai?”
“Maksud
Zahira?”
“Lantik
Bendahari, Setiausaha, ketua makan dan minum, ketua logistik, ketua hadiah dan ketua
sukaneka.”
“Kenapalah
Nawwarah tidak terfikir? Alhamdulillah, barulah lapang sikit dada ini rasanya.”
“Jika
ada pelajar yang pemurah, boleh mohon tajaan apa yang patut.”
Seni Bertindak
“Zahira, Alhamdulillah. Cadangan kita
telah diperkenankan. Ahli jawatankuasa juga telah bersetuju. Tetapi…”
“Apa
lagi Nawwarah? Ada sesetengah ahli jawatankuasa yang sukar memberi komitmen?
Lantiklah orang lain.”
“Astaghfirullah
wa atubu ilaih. Mula-mula okay Zahira. Semakin lama diberi peluang, semakin
mencabar kesabaran.”
“Adatlah
Nawwarah. Ini bukan masanya yang sesuai untuk salah-menyalahkan. Fahamkan
peranan ketua yang dilantik. Mungkin
ianya suatu yang baru bagi sesetengah ahli jawatankuasa.”
“Ada
benarnya Zahira. Okaylah, nanti Nawwarah cuba cari alternatif.”
“Zahira,
yang terasa hati, dia kata membazir bermalam. Memadai hanya pergi sehari.”
“Itu
hanya pandangan seorang sahajakan? Yang diutamakan pandangan majoriti. Tidak
perlu risaulah.”
“Lokasi
yang dipilih pun katanya kurang sesuai. Lebih baik buat sukaneka di padang
sahaja.”
“Nawwarah,
kita boleh dengar luahan dia. Apapun, dapatkan suara majoriti rakan sekuliah.”
“Geram
juga Nawwarah dengan hamba Allah yang seorang ini! Nasib baik, ahli
jawatankuasa yang lain bersetuju dan sependapat.”
“Biasalah, setandan pisang tidak
mungkin semuanya elok. Apatah lagi kita sesama insan.”
“Nanti Nawwarah
bagi donat inti cili api, baru dia tahu.”
“Amboi, garangnya. Tidak sangka,
orangnya lembut tetapi tegas.”
“Zahira
ingat Nawwarah berani? Berani cakap sahaja. Kesian pula bila terkenangkan dia.”
“Kesian ke jatuh hati?”
“Zahira,
ke situ pula? Berkawan biar beribu, bersuami pada yang satu.”
“Ada
apa-apa lagi Tengku Nawwarah Binti Tengku Waqqas?”
“Buat
masa ini. Alhamdulillah, yakin dan berdebar-debar sedikit. Doakan kami sahabat.”
Memori Hari Keluarga
“Tahniah!
Zahira dengar Dr Jahirah dan rakan sekuliah berpuas hati dengan program itu.”
“Zahira, kalau bergurau boleh
tahan.”
“Betullah
Nawwarah. Sewaktu di kafe, mereka asyik bercerita dan bergelak ketawa. Semuanya
macam seronok dan gembira.”
“Mungkin Zahira salah dengar
agaknya. Entah-entah mereka cakap pasal hal lain?”
“Nawwarah ada buat sukaneka yang mencuit hati ke?”
“Ada 2 dan 3 jenis jugalah. Kenapa?”
“Sudah 3 hari, mereka masih teringat dan lucu
mengenangkan program Nawwarah. Asyik ulang-ulang cerita yang sama.”
“Terima kasih Zahira. Selama ini banyak menjadi
penasihat tidak rasmi hingga program kami berjaya. Rasa macam bermimpi pun
ada.”
“Khabarnya, Dr Jahirah dan rakan sekuliah telah
meluah rasa malam minggu sewaktu jamuan makan. Syabas dan tahniah. Lepas ini,
boleh anjurkan program lagi.”
Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Engkau banyak
mengabulkan permintaan aku. Aku benar-benar terharu. Terima kasih mama dan papa
atas kepercayaan dan didikan untuk aku. Terima kasih juga buat sahabat aku Zahira.
“Tiga doa
yang tidak akan tertolak; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa
bapa kepada anaknya.” (Terjemahan Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Wallahua'lam.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI
0 comments:
Post a Comment