Penjara Dalam Dosa

“Mengapa kuliah ustaz terasa lenggang berbanding sekarang?” bisik jemaah yang sedang beratur mengambil makanan.
“Apakah kerana perkongsian ilmunya kurang selera berbanding juadah ini?” luah jemaah disebelahnya.
Sambil tersenyum, seorang jemaah membalas, “Apa kata kita anjurkan pertandingan sukan? Setidak-tidaknya, kita galakkan belia hadir ke masjid.”
“Adakan lebih banyak program mesra masyarakat. Rutin ibadah dan menimba ilmu diteruskan tradisinya seperti biasa. Tidaklah masjid itu sekadar solat semata-mata.” sambung seorang jemaah lain.
Tarikan masyarakat kepada masjid dilihat hambar gara-gara kita semua. Virus kejahilan, pengurusan, kesibukan, suasana, program atau karektor segelintir kariah masjid itu seakan hilang seri dan manisnya. Yang pasti, karnival pertemuan seakidah dan seukhwah yang rutin kini tertiris parah berbanding lokasi pertemuan lain.
Masjid selain menjadi pusat ibadah rutin, pengaruhnya lebih besar dari itu. Pemantapan semua pihak bagi menyemarakkan masjid wajar difahamkan semula. Perkasakan jalinan ukhwah bermula dari kanak-kanak, remaja, kaum Adam dan Hawa. Orang pencen yang kaya idea seharusnya dirai dan dijana ke arah kebaikan bersama.
Realitinya, kerjasama dari pihak pengurusan, ahli jawatankuasa, jemaah atau kariah wajar dipandang serius. Peluang ini wajar dirancang selain sedikit kajian bagi menambah baik tindakan di masa akan datang. Belajar dari orang berjaya yang menjadikan masjid sebagai pusat yang bermanfaat.
Keaktifan dan keunikan masyarakat setempat boleh dibangunkan bermodalkan muafakat. Hari ini, sejauh mana penglibatan kita berganding bahu mengimarahkan program atau aktiviti masjid?
Agen Bintang Masjid
“Pada sayalah, masjid ini peranannya sungguh besar. Ia perlu komitmen dari pengurusan masjid dan penduduk setempat.”
          “Beginilah, hebahkan takwim sepanjang tahun bagi pengetahuan umum. Sekurang-kurangnya, kariah dapat merancang program anjuran masjid dan bekerjasama mana yang perlu.”
“Rancang pengisian yang bersesuaian untuk kanak-kanak, remaja, kaum Adam dan Hawa.”
“Raikan kariah setempat. Dana itu kita agihkan. Kita kenal pasti potensi jemaah yang boleh menerajui program atau aktiviti masjid.”
“Kuliah atau majlis-majlis ilmu masih memiliki pengikut setianya tersendiri. Namun, tarikan kariah dalam aktiviti lain berupa ibadah umum usah dikapitaliskan.”
“Setuju. Ini termasuklah masakan, gotong-royong, pertandingan futsal, hari keluarga, seminar potensi diri, latihan kemahiran, bisnes, sukan atau riadah serta program motivasi, kita cuba anjurkan.”
“Nampaknya, pakej yang mempesona pastinya tidak mengecewakan kariah kita. Kita pilih dan lantik mengikut kategori.”
“Kita libatkan mereka sebagai peserta, penulis, jurufoto, ahli jawatankuasa majlis, sukarelawan program, pencarian penerus legasi masjid atau mengemaskini laman sosial masjid.”
“Moga ianya mengeratkan ukhwah. Kaum Hawa turut diberi peluang berkongsi bakat memasak, menjahit, berkongsi ilmu rumah tangga, penyusuan bayi, pendidikan anak-anak, bisnes atau dekorasi.”
“Barulah kaum bapa seronok membawa ahli keluarganya hadir ke masjid, insya-Allah.”
Sucikan Niat
Ada orang datang ke masjid dengan 1001 niat. Apapun, semua itu dikira pahala disisi Allah selagi niatnya baik. Meskipun niatnya selain Allah, inilah peluang emas para pendoa berdoa sebelum dan selesai program. Bukannya menghukum.
Suasana positif yang dipupuk, lama-kelamaan akan Allah ilhamkan hikmah dan barakah. Inilah fikrah asas bagi pengunjung setianya yang gigih mengukuhkan keyakinan dan kefahaman berkaitan rumah Allah.
Masjid itu sememangnya kunjungan indah berbanding lokasi lain. Jaminan itu akan menyuburkan hati dengan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan.  Perasaan itu boleh dinikmati semua tanpa mengira status sosial.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada tiap-tiap tangkai 100 biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Terjemahan surah al-Baqarah ayat 261)
Begitulah sedikit deraf atau gambaran bagi merancang karnival tahunan anjuran masjid. Jika ianya diisi dengan mudah dan spesifik, dimaklum secara interaktif dan diaplikasikan berjemaah, moga ianya menjadi pencetus kepada semua. Istiqamah menambah baik kekurangan dan belajar dari kelemahan.
Sumbangan kita tidak terhad kepada material sahaja. Ianya juga berupa keringat, idea, teguran hikmah, memberitakan, mengajak, menjaga adab atau apa jua kebaikan, dikira mulia. Penglibatan secara jahar atau sir pasti berbalas oleh-Nya.
Berlumba-lumba berkhidmat dengan aktiviti atau program masjid seharusnya seiring dengan perkembangan semasa. Yang pasti, al-Quran dan sunnah tidak pernah mengekang kehadiran teknologi, moden, urban atau kontemporari. Kitalah yang celik hati mengingatkan diri bagaimana menguruskannya secara komprehensif.
Sesungguhnya, amat benarlah khabar gembira, khususnya pencinta masjid. Usah berhenti menyumbang, raikan keunikan idea dan berilah ganjaran penghargaan yang berpatutan. Apa jua penglibatan kita, semuanya wajar dipuji lagi mulia selagi akidah sebagai asasnya.
“Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
(Terjemahan surah at-Taubah ayat 18)
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI




Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment