Majlis Iftar bersama Fakir Miskin dan Anak Yatim berakhir
dengan tragedi. Sebilangan ahli
jawatankuasa tersenyum puas. Meskipun perancangan asal tidak terlaksana, ada
segelintir jawatankuasa saling menuding jari.
Hampir
seminggu, namun hati Hanan dihambat resah. Dia cuba menyusun semula tugasan
rasmi syarikat dan menyiapkannya. Di waktu yang sama, mengingatkan ahli
jawatankuasa supaya melengkapkan laporan untuk semakan, simpanan fail dan rujukan.
“Hanan, baca emel.”
“Maaf, saya mengejar
masa. Esok saya perlu serahkan data ini sebelum bertugas di luar pejabat. Emel
itu pasti kemas kini soal sukarelawan.”
“Amru rasa ada yang tidak kena. Waktu majlis pun, semua
bertanyakan Hanan. Serba salah Amru.”
“Tenanglah,
inikan bulan puasa. Apa yang hendak dirisaukan. Majlis telah pun disempurnakan.
Soal terima atau tidak, ianya bergantung kepada niat.”
“Majoriti tahu, Hanan adalah tulang belakang majlis ini.
Tiba-tiba Hanan tidak hadir. Pastilah pihak pengurusan dan rakan sekerja
hairan.”
“Amru, ini
kerja sukarelawan. Bukan tugas rasmi. Hanan bersyukur, semuanya berlangsung
seperti tentatif . Idea Hanan turut direalisasikan.”
“Itu Amru tahu. Tetapi
majlis itu kurang lengkap tanpa kehadiran Hanan.”
“Mustahil.
Sudahlah, Hanan harap Pengerusi jawatankuasa dapat mengadakan mesyuarat untuk
sesi perbincangan.”
“Ini yang Amru pening. Majoriti ahli jawatankuasa,
seolah-olah menyalahkan Hanan.”
“Salahkan
Hanan? Apa rasionalnya Amru? Jika benar, elok dibuat mesyuarat segera.”
“Amru rasa mereka sedang merancang untuk mengenakan Hanan.
Cuma, Amru tidak dapat pastikannya.”
“Apa kata Amru
cuba berunding dengan Pengerusi? Mungkin sangkaan Amru tidak benar.”
“Maaflah, Amru tidak ingin masuk campur. Amru pun ada tugasan
yang perlu disiapkan.”
“Hanan, Farish
terserempak dengan segelintir ahli jawatankuasa. Mereka sedang berunding dengan
Jabatan Disiplin. Ini mesti ada yang tidak kena.”
“Mungkin mereka ada portfolio yang perlu dibincangkan. Inikan
bulan puasa, kita sangka baik sudahlah.”
“Hanan, saya
akui masih baru di jabatan ini. Tetapi, melihat dan memerhati gerak-geri ahli
jawatankuasa seakan merancang untuk menjatuhkan Hanan.”
“Astaghfirullahalazim. Usahlah fikir yang bukan-bukan.
Insya-Allah, tidak mungkin Allah menganiaya hamba-Nya.”
Akibat menyalah gunakan kuasa, segelintir ahli jawatankuasa
berkomplot untuk menyingkirkan Hanan dari syarikat. Pertuduhan tanpa bukti dan
mengikut polisi syarikat diabaikan demi meredakan nafsu amarah segelintir ahli
jawatankuasa terlibat.
Aduan telah dibuat. Tanpa berfikir panjang, tiada mesyuarat
seusai majlis bagi merungkai krisis dan silap faham yang berbangkit. Hanya
sindiran dan bercakap di belakang hingga menimbulkan permusuhan dan kebencian.
Hanan telah dibuang kerja gara-gara silap faham dan hanya
kerana menganjurkan tugas sukarelawan. Tiada siapa yang tampil untuk membela
Hanan. Hanan telah diperkenalkan dengan wakil persatuan sekerja bagi membantu
kes Hanan. Kini, usahanya berakhir. Hanya menanti keputusan.
“Kenapa Hanan rahsiakan dari ibu?”
“Ibu, maafkan
Hanan. Ibukan telah banyak berkorban. Insya-Allah, ada rezeki lain yang lebih
baik.”
“Patutlah hati ibu seakan berbisik sesuatu. Hanan buat apa,
hingga orang marah sebegini? Ya Allah! Ampunkan Hanan.”
“Mungkin.
Ibukan pernah berpesan, sebelum buat sesuatu kerja, mohon petunjuk dengan
istikharah. Itulah silap Hanan agaknya.”
“Ya Allah! Hanan pasti?”
“Ya ibu. Hanan
ingatkan kerja sukarelawan seperti penglibatan Hanan dengan NGO lain.
Nampaknya, Hanan silap.”
“Ibu yakin, ini pasti ada 1001 hikmah buat Hanan.”
“Insya-Allah
ibu. Hanan rasa, ini dosa Hanan yang terlepas pandang. Ibu, ampunkan Hanan.”
Kini, Hanan cuba menjadi hamba Rabbani. Jika
sebelum ini, Hanan lalai dan alpa dengan kerjanya, maka inilah masanya Hanan
beriman, berhijrah dan berjihad. Setiap detik dihabiskan untuk memberi kebaikan
kepada orang lain.
Hanan mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Walau pun
tiada asas dan perkara baru, Hanan optimis mencari informasi dan melatih
kemahirannya. Hanan menjadikan orang yang berjaya di dalam bidang bisnes sebagai mentor dan murabbinya.
Hanan telah hilang sahabat dan rakan sekerja. Tiada yang
bertanya khabar dan mengambil tahu hidupnya. Namun, Hanan bersyukur kerana
Allah telah menggantikannya dengan nikmat iman. Kebanyakan kenalannya di
kalangan orang yang mempengaruhi ke arah kebaikan.
Benarlah, musibah, ujian dan nikmat itu baik dan berpahala.
Dengan syarat, kita kembali ke jalan-Nya. Mengamalkan syariat tinggalan
Rasulullah. Hanan masih istiqamah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Hanan bertuah kerana masih memiliki ibu mithali yang sentiasa
mendoakannya. Baginya, istikharah masih berperanan sebelum membuat kata putus.
Masa depan kita samar, maka istikharahlah dengan hati yang ikhlas kepada Rabb Yang
Esa.
“Sesungguhnya orang
yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya,
kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan
jiwa mereka di jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.”
(Terjemahan surah
al-Hujurat ayat 15)
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI
0 comments:
Post a Comment