Solehah Cilik

Dunia kanak-kanak adalah era yang paling manis bagi penulis.
Ianya banyak kenangan terindah.
Semuanya masih terpahat di lubuk hati.
Rimbunan kasih ibu dan sayang ayah seakan tidak pernah terhenti.
Nikmat inilah yang menginsafi diri erti sakinah bersama keluarga tercinta.
Skrip Cilik.
Bicara rindu berikut hanyalah sebahagian skrip yang menggamit memori.
“Ibu, bolehkah Najma ponteng puasa? Hari ini sahaja. Bolehlah ibu.”
“Ayah, lepas dapat keputusan UPSR Najma mahu ke sekolah teknik boleh?”
“Ibu, bolehkah Najma temankan Mrisya ke kedai buku?”
“Ayah, mengapa cikgu berikan banyak homework?”
“Ibu, Najma akan pastikan kami mendapat johan. Ibu doakan kami ya.”
“Ayah, Najma berdebarlah. Ayah tasmik gaya penyampaian Najma.”
“Ibu, Najma masuk pertandingan. Alhamdulillah, dapat tempat ke-3.”
Begitulah antara masam masam manis skrip kanak-kanak.
Walau ke mana anak-anak syurgawi ini pergi, biarlah ibu ayah menjadi prioriti sebagai rujukan PERTAMA.
Kerenah tetap pelbagai. Isunya bagaimana ibu ayah menzahirkan solusi buat mereka.
Jika kita mahu mereka menganggap ibu dan ayah penting, jadilah pendengar segala luahan hati mereka.
Fitrah anak-anak, mahu dibelai, diberi perhatian dan sayang menyayangi.
Insya-Allah, kita sama-sama memerlukan.
Setidak-tidaknya, ikuti takwim sepanjang sesi persekolahan.
Rancang diari kita bagi meraikan takwin tadi.
Anak-anak bahagia untuk mengasihi ibu dan ayah.
Ini hanya contoh bagaimana menzahirkan kasih sayang.
Refleksi Hati.
Sejauh manakah kita menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak kita?
Di manakah silapnya?
Apakah yang perlu dibaiki bagi menambah nilai kasih sayang bersama keluarga pinjaman-Nya?
Sesungguhnya, sudahkah kita tempa kasih sayang persis yang Allah dan Rasul kata?

Rujuk wahyu Allah – surah Luqman ayat 13-19.
#secerahbintangbidadaridunia
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment