"Bismillahirahmanirahim.
"Wahai
kesayangan Ibu dan Ayah, janganlah kamu mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang
besar."
“Dan
Allah wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan
yang demikian), bersyukurlah kepada Allah dan kepada kedua ibu bapa kamu,
(ingatlah), kepada Allah tempat kembali (untuk menerima balasan).”
“Dan
jika Ibu dan Ayah memaksa kamu berbuat syirik (mempersekutukan) Allah, yang
tidak ada pengetahuan kamu tentang itu, maka janganlah kamu mentaati
kedua-duanya, dan bergaullah dengan kedua-duanya di dunia secara baik, dan
ikutilah jalan orang yang kembali kepada Allah, kemudian kepada Allah tempat
kembali kamu, maka Allah menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”
"Wahai
kecintaan Ibu dan Ayah, sesungguhnya jika ada seberat biji sawi, serta berada
dalam batu atau di langit atau di bumi, Allah akan mendatangkannya (dihakimi
dan dibalas-Nya). Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya, lagi Maha
Mengerti (akan segala yang tersembunyi).”
“Wahai
kekasih Ibu dan Ayah, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah
daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang
menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara
yang ditetapkan (diwajibkan).”
“Dan
janganlah kamu memalingkan muka (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan
janganlah kamu berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah
tidak suka orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
“Dan
sederhanakanlah langkah kamu semasa berjalan, dan lunakkan suara kamu (semasa
berkata-kata). Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”
Wahai
penyejuk mata hati,
Moga
hari lahir anakanda memberikan rimbunan rahmat, reda dan Nur berterusan. Ibu
dan Ayah sentiasa mendoakan yang terbaik selagi Allah dan Rasul menjadi
keutamaan. Maafkan Ibu dan Ayah seandainya sepanjang menemani hidup anakanda,
kami terlanjur mengabaikannya.
Apapun,
kasih ibu dan sayang ayah mengiringi setiap langkah anakanda. Kami hargai dan
syukuri kehadiran anakanda. Kami sayang anakanda hingga syurga Firdausi.
Nukilan
rasa,
Ibu
Ayah & seisi keluarga.
Salam
Mahabbah."
#secerahbintangbidadaridunia
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.
0 comments:
Post a Comment