“Setiap kali
Mawar dapat tawaran sambung belajar, tidak dilayan. Tiada yang berkenan dihati
atau risaukan yuran pengajian?” soal ibu inginkan kepastian.
“Mawar
belum bersedia ibu. Mawar bercadang untuk menyambung pengajian sedikit masa
lagi,” luah hatinya.
“Soal
wang, tanggungjawab ayah. Atau Mawar sudah ada teruna hati?” ibunya menduga.
“Belum
lagi ibu. Mawar sibuk dengan kerja, bola jaring, perkhemahan dan program
sukarelawan. Masih menyusun jadual sebelum terikat dengan komitmen. Mawar rasa,
adik-adik lebih memerlukan belanja,” pujuk Mawar meyakinkan ibunya.
“Pendidikan
juga adalah masa depan Mawar. Ibu pasti, Mawar teringin belajar di menara
gading seperti rakan sebaya lain,”
“Mawar
seronok dengan pengisian amal jariah sekarang. Sentiasa ada cabaran baru dan
pengalaman terindah. Mawar sayang untuk melepaskannya. Insya-Allah, bila tiba
masanya, ibu ayah pasti gembira,”
“Mawar
jadilah contoh buat adik-adik. Ibu tidak pasti adakah mereka bakal melanjutkan
pengajian bila tiba masanya,”
“Kita
dedahkan informasi itu dari sekarang. Raikan kecenderungan mereka baik akademik
mahupun kemahiran. Mawar akan berikan galakan agar mereka faham. Yang pasti,
kita doakan kejayaan mereka,”
“Biar mereka
berlumba-lumba dalam pelajaran. Ianya sebagai pencetus iltizam dan saling
menyokong sesama mereka,”
“Sebagai
habuan, Mawar akan tawarkan hadiah lumayan,”
“Masya-Allah,
mudah-mudahan pelan kita untuk menghasilkan ‘produk’ yang dicintai Allah dan
disayangi Nabi terrealisasi.”
“Allahumma
amin. Ibu ayah masih menjadi pautan utama Mawar dan adik-adik. Tanpa doa dan
restu kalian, apalah adanya,”
“Ibu akui,
biarlah semuanya berjaya duniawi dan ukhrawi. Mawar dan adik-adik masih amanah kami.
Biarlah semuanya menjadi khalifah sejati dan hamba Rabbani dalam apa jua
lapangan,” sambil memeluk erat Mawar.
“Soal
jodoh, ayah dan ibu istikharah buat Mawar. Waktu itu, harapan Mawar dia sehebat
ayah, seqanaah ibu,” bisik Mawar penuh makna.
Seintim Kasih, Seharum Budi
Kesedaran
erti pengorbanan biarlah lahir dari hati yang jelas matlamat hidupnya. Orang
yang kreatif menghayati masa bak mutiara buat diri, keluarga dan orang lain. Di
waktu yang sama, laba mencipta saham akhirat bahkan memanfaatkan dunia sebagai alat
meraih pahala.
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dulu
apa yang ada di dalam diri mereka.” (Ar-Ra’d : 11)
Wahyu
tersebut mendorong manusia agar menggilap nilai diri yang bermanfaat. Realitinya,
keutamaan akhirat banyak memudahkan tindakan kita agar istiqamah dalam mengemudi
kehidupan seharian. Kita akan memastikan gerak kerja yang halal dan baik bagi
mengecap kebahagian dan kecemerlangan.
Usaha
terancang pasti terselit pengorbanan. Asam garam turut mengajar diri untuk
memilih mendahulukan kepentingan orang lain kerana yakin dengan pulangan
lumayan. Ianya pelbagai bentuk dan tidak semestinya dengan material
semata-mata.
Selagi
pengorbanan itu diperakui agama, teruskan mengukir bakti buat yang tercinta.
Usah diungkit kebaikan dan pengorbanan itu kerana ianya akan hangus malah
derita. Belajarlah untuk bersyukur sedanya dan bersabar sebersih-bersihnya.
“Cukuplah
Allah bagi aku. Tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. Dia
adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.” (At-Taubah : 12)
Wahyu ini
menjadi inpsirasi pengukuh iman dan amal sehari-hari.
“Ya Allah
ya Tuhan, bangunkanlah untuk aku sebuah rumah di sisi Kamu di dalam syurga.”
Biasakanlah
lidah kita dengan doa seutuh Asiah kerana diuji bersuamikan Firaun laknatullah.
Moga kita akrab menjadi insan Rabbani selain menjaga silaturahim dan ukhwah
setulus hati.
Setelah
sekian lama membantu ibu ayah membesarkan adik-adik, Mawar tumpang berbangga
kerana berjaya melakar pendidikan demi masa depan. Kejayaan demi kejayaan terukir
seakan ianya lebih dari jangkaan akal.
Biarlah
pengorbanan itu tersimpul rapi di lubuk hati. Merahsiakan pengorbanan itu lebih
mendidik hati nurani. Yang penting, ketenangan hati dan reda sentiasa mengiring
dari ibu ayah tercinta. Itulah hadiah Khalik teragung yang tidak pernah memungkiri
janji-janji-Nya.
“Sembahlah
Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan berbuat
baiklah kepada kedua ibu bapa.” (An-Nisa’ : 36)
0 comments:
Post a Comment