“Iffah,
perlakuan mereka tidak wajar. Tergamak mereka bertindak tanpa usul periksa.”
“Mengapa
Qaseh begitu yakin? Mereka hanya menjalankan tugas. Iffah boleh terima kerana
inilah yang terbaik.”
“Terbaik
yang bagaimana? Fitnah dan dihina orang, itukah terbaik Iffah?”
“Astaghfirullah
wa atubu ilaih, itu tidak benar. Iffah sedikit pun tidak merasakan begitu.
Sudahlah Qaseh, usah disebut lagi. Ianya berlaku seperti yang dikehendaki
Pencipta.”
“Qaseh
bingung dan tidak percaya Iffah yang menjadi pekerja disegani tidak dihargai. Pencapaian
Iffah sepanjang berkhidmat, tidak diambil kira kerana kesalahan yang disebabkan
oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.”
“Qaseh,
Iffah telah menerimanya dengan hati yang terbuka. Inilah tanda Allah mengasihi
hamba-Nya. Iffah reda dan yakin, musibah sebegini bukanlah di luar kemampuan
Iffah.”
“Iffah,
apa yang akan diperkatakan oleh keluarga, jiran tetangga atau masyarakat? Qaseh
tidak sanggup membiarkan Iffah. Di waktu yang sama, Qaseh tidak berkuasa dan
berdaya.”
“Tenanglah
Qaseh. Allah pasti bersama sangkaan hamba-Nya. Mujurlah Iffah tersedar. Jika
tidak, pasti hidup Iffah sia-sia.”
“Teruklah
Qaseh jika Iffah tiada lagi. Semua tugas akan terbeban kepada Qaseh. Malah,
kebanyakan tugas Iffah yang uruskan. Qaseh benar-benar rasa bersalah.”
“Inilah
peluang untuk Qaseh buktikan bahawa Qaseh layak untuk menempa masa depan cerah
di syarikat ini. Usah persia-siakan. Teruskan perjuangan. Doakan Iffah.”
Nabi
adalah inspirasi kita sepanjang zaman hingga kiamat. Sirah para Nabi dan para Rasul
merakamkan bahawa mereka adalah insan yang paling hebat menghadapi ujian. Antaranya,
menerima cacian, hinaan dan kesakitan dari pelbagai dimensi oleh penentang
tegar Islam.
Nabi
turut diancam bunuh, diberi tawaran takhta dan wanita bagi menggagalkan risalah
tauhid yang dibawanya. Adakah Nabi berputus asa dan mengalah? Tidak pernah
malah Nabi sabar meneruskan perjuangan-Nya.
Hidup ini
akan terasa hambar jika tidak disulami dengan musibah. Ianya bukanlah asing sebaliknya
ingin menguji sejauh mana keimanan hamba-Nya yang tulus. Ada yang menerima
ujian dengan sabar dan syukur, bahkan ramai yang tertewas dan kecundang.
“Dan
berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah
mereka berkata, Kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami dikembalikan. Mereka
itulah orang yang mendapat rahmat daripada Tuhannya dan merekalah orang yang
mendapat petunjuk.” (al-Baqarah : 155-157)
Sesungguhnya,
setiap musibah itu terselit 1001 hikmah yang bukan untuk diratapi tetapi untuk
diatasi. Ratapan atau tangisan tidak dianjurkan sebaliknya tabahkan hati bahawa
setiap kali musibah hadir, ianya pasti beroleh kemenangan menurut ilmu-Nya.
Yakinilah
bahawa musibah itu teguran dari-Nya untuk kita mencekalkan hati dan mematangkan
keimanan. Hiburkan hati dengan zikrullah. Banyakkan beristighfar selain membaca
kalamullah beserta maknanya yang terindah.
Kehidupan
kita ini selamanya ada nikmat dan ujian. Orang yang beriman menerima musibah
sebagai peluang bermuhasabah diri bagi memperbaiki hubungan dengan Pencipta.
Mereka menerima tawaran musibah ini dan mengimani bahawa,
“Tidak
ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.”
(at-Taghabun : 14)
Karektor
orang sabar mencari solusi musibah yang menimpanya. Kemudian, merencana
beberapa pelan tindakan interaktif. Setelah itu, memilih kesesuaian terbaik
untuk bertindak mengatasinya. Mereka juga sentiasa memohon kepada-Nya menerusi jalan
sabar, doa dan solat.
“Wahai
orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah
bersiap siaga (di perbatasan negeri kamu) dan bertaqwalah kepada Allah, supaya
kamu beruntung.” (Ali ‘Imran : 200)
Manisnya
sabar itu terpancar menerusi hati dan fizikal kita. Jika kita berjaya menahan
musibah dengan hati yang sejahtera, bahagialah hati dan wajah kita. Kejayaan
mengurus musibah pasti berbaloi dan tidak pernah mengecewakan.
“Ya
Allah, berilah aku pahala atas musibah ini dan gantikanlah musibah ini dengan
sesuatu yang lebih baik, melainkan Allah akan menggantikan musibah itu dengan
sesuatu yang lebih baik untuknya.”
Sabar
akan mendarah daging jika kita terbiasa melakukan ketaatan dan menjauhi
larangan Pencipta. Lebih membahagiakan kerana segala ketentuan-Nya adalah
terbaik buat hamba menurut rahmat-Nya.
Wallahua’lam.
Sumber : AMSB | 2014
0 comments:
Post a Comment