Jihad Bisnes Abdul Rahman Bin A'uf

“Kenapalah hati saya ini masih tidak bahagia Majdi?”
            “Kenapa Tuan Kauthar kata begitu?”
“Saya telah buat segala-galanya untuk isteri dan anak-anak saya. Nampaknya, kasih sayang kami semakin sirna.”
            “Maafkan Majdi. Sejak akhir-akhir ini, Tuan Kauthar banyak berubah. Apa yang mengganggu fikiran Tuan?”
“Saya akan memasuki umur 50 tahun. Malangnya, anak-anak saya tidak berminat untuk meneruskan legasi saya. Mereka lebih berminat untuk kerja makan gaji.”
            “Tuan Kauthar bertuah, semua anak-anak berjaya dalam bidang yang hebat. Mungkin, mereka tidak diberi pendedahan awal. Pada Majdi, Tuan belum terlambat.”
“Saya ada berbincang dengan anak-anak tetapi mereka menolak. Saya kecewa dan kesal.”
            “Tuan cubalah berbincang semula. Bawa mereka bercuti ke destinasi menarik. Insya-Allah, anak-anak pasti faham dan terbuka pintu hati.”
“Isteri saya pernah nasihatkan saya. Tetapi saya ego. Kekayaan, material, pangkat, kekuasaan, populariti dan pengaruh telah melalaikan saya.”
            “Seingat saya, kita tidak boleh putus asa dan hilang harapan. Tuan Kauthar, mohonlah pada Allah sungguh-sungguh.”
“Bagaimana saya bermula? Solat pun tidak sempurna. Saya malu dengan diri saya sendiri. Patutnya, saya menjadi penasihat. Anak-anak yang bekerja di perusahaan ini.”
            “Alhamdulillah, Tuan Kauthar belum terlambat. Ambillah buku Usahawan Akhirat ini. Tenanglah. Majdi akan bantu Tuan Kauthar setakat yang mampu.”
“Saya banyak dosa Majdi. Saya abaikan isteri dan anak-anak. Pengorbanan saya selama ini ingatkan bahagia, tetapi derita.”
“Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Pengampunan-Nya lebih luas berbanding kemurkaan-Nya. Tuan Kauthar kembalilah mengabdi pada Dia.”
“Majdi, soal percutian keluarga tadi. Mohon uruskan tiket umrah dengan agensi pelancongan. Saya akan taja keluarga Majdi sekali.”
            “Masya-Allah! Benarkah apa yang Tuan Kauthar katakan ini?”
“Saya hanya berikhtiar Majdi. Moga dipermudahkan.”
“Insya-Allah, nanti saya uruskan.”
“Betulkah apa yang saya tebus ini? Adakah Allah akan terima apa yang saya rancangkan?”
“Masya-Allah. Ini perkara baik yang tidak boleh ditangguhkan Tuan Kauthar. Alhamdulillah.”
“Majdi.”
            “Ya, Tuan Kauthar. Saya risau dengan bacaan solat saya. Ada atau tidak Majdi kenal mana-mana guru yang boleh mendidik saya sekeluarga?”
“Insya-Allah, nanti saya akan carikan. Bila Tuan Kauthar ingin bermula?”
            “Sekarang! Majdi, perusahaan ini biarlah. Saya tidak peduli.”
“Astaghfirullah wa atubu ilaih. Maafkan saya Tuan Kauthar. Hal ini, saya kurang setuju.”
“Kenapa pula? Selama ini saya ingatkan bahagia dengan perusahaan saya tetapi saya silap.”
“Maksud Majdi, Tuan lantiklah Pengurus yang soleh untuk mengawal selia perusahaan ini. Para pekerja masih setia mencari rezeki di sini.”
            “Biarkan mereka mencari rezeki di tempat lain. Lagipun, duit saya itu tidak akan habis walaupun 7 keturunan Majdi.”
“Tuan Kauthar. Kita tidak boleh mengabaikan orang lain kerana kita hendak membaiki hubungan dengan Allah.”
            “Saya terlalu sedih dengan diri sendiri. Saya nekad untuk tinggalkan semuanya yang saya ada. Saya menderita dan bukannya bahagia.”
“Tuan Kauthar, hidup kita ini tidak lari dari khilaf. Realitinya, kita wajib menjaga hubungan sesama Allah dan sesama manusia. Barulah akan terpancar bahagia.”
“Saya benar-benar tertekan Majdi. Penat dengan usaha dan kerja saya seolah sia-sia.”
“Kunci kebahagiaan yang hakiki itu bermula dengan iman. Inilah asas yang kita sama-sama tempa.”
            “Kemudian apa lagi Majdi?”
“Kita beriman dengan-Nya. Banyakkan amal kebajikan. Taati perintah-Nya dan jauhi semua larangan-Nya. Insya-Allah, hati kita pasti merasai nikmat bahagia.”
            “Mustahil saya boleh buat semua itu. Saya masih buta Majdi. Tidak semudah itu jika perusahaan ini menjadi penghalang utama.”
“Bukan begitu Tuan Kauthar. Nampaknya, Tuan masih keliru dan ragu-ragu. Apa kata kita dapatkan nasihat guru yang lebih arif?”
 “Baiklah, Majdi aturkan pertemuan saya. Biarlah saya yang pergi mendapatkannya.”
“Saya tinggalkan Tuan Kauthar dengan buku ini. ”
“Ini duitnya Majdi.”
“Tidak mengapa Tuan Kauthar. Anggaplah ini hadiah. Jasa Tuan pun belum berbalas lagi.”
“Terima kasih Majdi. Saya mohon rahsiakan perbualan kita terutamanya isteri dan anak-anak saya.”
“Insya-Allah. Tuan Kauthar macam baru hari ini kenal Majdi.”
            “Maafkan saya Majdi. Saya benar-benar menyusahkan awak sekeluarga.”
“Tiada apa yang perlu dimaafkan. Tuan Kauthar, saya minta diri dahulu. Jika ada apa-apa, saya akan maklumkan segera.”
Usahawan Akhirat
            Realitinya, Allah dan Rasul telah menggariskan panduan yang membantu manusia melengkapkan kekurangan dan kelemahannya. Kebahagiaan yang sebenar boleh dikecapi selagi iman tertanam kukuh pada diri setiap hamba-Nya.
            Amat benarlah kalamullah dari surah Ali-‘Imran ayat 139 bermaksud,
“Dan janganlah kamu (berasa) lemah dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamulah yang paling tinggi (darjatnya) sekiranya kamu beriman.”
            Justeru, iman yang digilap menerusi amal solehlah boleh menjamin hidup mengecapi kebahagiaan. Tanpa cahaya iman, manusia pasti banyak melakukan kerosakan dan kefasadan yang akhirnya muflis duniawi dan ukhrawi.

“Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, maka Allah memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya (syurga). Itulah kemenangan yang nyata.” (Terjemahan surah Jathiyah ayat 30)
Wallahua'lam.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment