“Sudah hampir
lima tahun Rania mendirikan mahligai cinta dengan suami. Airin belum nampak
tanda-tanda Rania berbadan dua. Apakah yang membuatkan suami masih setia hingga
kini?”
“Alhamdulillah.
Kami bahagia dan masih dalam tempoh bulan madu.”
“Sayang
sungguh Farel dengan Rania. Bukan senang hendak mencari suami sepertinya.
Bertuah Rania.”
“Airin,
projek Seminar Tahsin Solat bagaimana? Sudah cukupkah peserta dan apakah
statusnya sekarang?”
“Bagaimana
Farel berjaya menawan hati Rania? Sebelum ini, Airin tidak pernah melihat Rania
bicara soal lelaki malah jauh sekali keluar dengan lelaki. Farel pilihan
keluarga Rania, benarkah tekaan Airin?”
“Tentatif program? Kali ini, dermawan dari
ahli korporat atau individu? Ada apa yang Rania boleh bantu?”
“Alhamdulillah,
semuanya berjalan lancar. Buat masa ini, Airin sedang kemas kini data-data
peserta. Usah risau kerana para sekretariat amat proaktif dan progresif
memberikan kerjasama.”
“Tahniah
Airin, moga Allah permudahkan semua urusan.”
“Rania ada
masalah dengan Farel? Bagaimana Airin boleh membantu meringankan jika benar
Rania dilanda ujian? Maafkan Airin, jika soalan tersebut menyinggung hati
Rania. Airin hanya risaukan Rania dan Farel. Itu sahaja.”
“Masya-Allah,
terima kasih Airin. Tiada apa yang berlaku. Insya-Allah, kami sedang berikhtiar
sambil berdoa. Mustahil Allah menduga kami di luar kemampuan. Kami reda dan
yakin dengan hikmah Ilahi. Bukankah begitu yang dianjurkan Nabi?”
“Benar Rania.
Bohong jika pasangan yang sah bergelar suami isteri enggan ditemani penyejuk
mata. Zuriat itu rezeki. Insya-Allah, Rania seorang yang tabah dan Allah
kasihkan kamu berdua.”
Israk
Suami, Mikraj Isteri.
“Sayang, mengapa asyik termenung? Teringat
nasi goreng masin? Alhamdulillah, air tangan sayang lebih enak walau terhangit
sekalipun.”
“Betulkah
abang? Abang, jika ada ujian dari Allah dalam hubungan cinta kita, bagaimanakah
kita melayarinya?”
“Allahuakbar.
Allah sedang menguji kita sayang. Abang masih sayangkan Rania dan semakin hari
semakin rindu. Meskipun Rania belum hamil, sayang masih amanah abang.”
“Maafkan
Rania kerana tautan kasih kita masih belum diceriakan oleh insan ketiga.
Mengapa Allah belum kabulkan doa kita? Adakah kerana Rania berkerjaya?”
“Astaghfirullah
wa atubu ilaih. Sayang, sewaktu kita diijab kabulkan, abang amat bertuah kerana
dikurniakan sayang. Kasih itu tertumpah hanya buat isteri tercinta. Sayang juga
menumpahkan selautan kasih itu buat abang, betulkan?”
“Rania
perlukan zuriat untuk meneruskan risalah Tauhid. Ulamak itu nanti sehebat Nabi
dan semulia Khadijah.”
“Abang faham.
Niat abang sama seperti sayang. Insya-Allah, kita masih muda untuk beribadah
kepada-Nya dan Allah tidak mungkir janji kepada hamba-Nya yang muhsin.”
Kesunyian
kerana masih belum disahkan hamil terubat. Terubat kerana dikurniakan peribadi
persis Nabi, ringan tulang membantu hal ehwal rumah tangga serta layanan umpama
bidadari syurga menjadi kekuatan untuk mencipta baitul Muslim bersama.
Jika
difikirkan, bukan semua wanita dikurniakan rezeki bergelar isteri. Keasyikan
mencapai impian kerana memiliki pengajian tinggi mendorong wanita untuk membina
karier. Apapun, tidak salah wanita bekerja dan berkahwin kerana mengikuti
sunnah Nabi.
Khadijah
adalah seorang hartawan dan ahli perniagaan termahsyur di Makkah. Setelah berkahwin
dengan Nabi, beliau masih meneruskan kerjayanya malah menginfakan harta ke
jalan Allah. Tiada bezanya jika wanita masa kini, masih melakukan hal yang sama
seperti wanita dicintai Nabi itu.
Rania,
meskipun berjawatan, masih arif membahagikan masa sebagai seorang isteri, anak,
menantu, pekerja, jiran, kariah atau hamba Allah. Inilah yang membuatkan Farel
mengasihinya kerana keintiman Rania kepada Pencipta terurus persis Aisyah.
“Ya Tuhan, berilah aku dari sisi Engkau seorang
anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” – Ali ‘Imran
ayat 38.
“Wahai Tuhan, janganlah Engkau biarkan aku
seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik
yang mewarisi.” – al-Anbiya’ ayat 89.
Kini,
Airin menyedari bahawa ilmu itu membawa wanita mengenal Pencipta cinta. Mencari
damai untuk menenangkan hati dengan zikrullah. Buatlah dahulu, insya-Allah akan
diringankan stamina dalaman dan luaran. Realitinya,
mahligai kasih itu lebih bermakna jika reda Allah dan Rasul mendahului segala-galanya.
Wallahua’lam.
Sumber : AMSB | 2014
0 comments:
Post a Comment