“Ibu, bagaimana kita hendak kembangkan
bisnes ini? Sejak Awatif kanak-kanak hingga kini, jualan ibu semakin laris.”
“Modal ibu tidaklah banyak. Hasil jualan itulah yang ibu
gunakan semula. Awatif ada idea?”
“Ini yang Awatif musykil. Daripada ibu
penat di warung, lebih baik hanya bisnes di rumah. Kita iklankan di laman
sosial. Ibu sediakan dengan penuh kasih sayang sahaja.”
“Bagaimana
dengan kuliah Awatif? Pendidikan itu penting untuk masa depan Awatif.”
“Insya-Allah. Jika ibu izinkan dan
doakan, semuanya pasti berjalan lancar. Awatif akan bahagikan masa seoptimum
boleh. Lagipun, Awatif minat.”
“Kita adakan bengkel untuk pelanggan. Kalau ada rezeki, kita
tulis buku dalam bentuk digital.”
“Masya-Allah, itulah yang ibu hajatkan.
Alhamdulillah, Allah telah kabulkan. Terima kasih Awatif.”
“Syukur pada Allah. Apapun, ibu akan
bincangkan idea Awatif kepada ayah. Mudah-mudahan, ayah setuju.”
Didiklah Dari Hati
Waktu rehat telah tiba. Mahasiswa dan mahasiswi telah
meninggalkan kelas untuk ke kafetaria. Awatif turut bergegas untuk mengisi
perutnya yang berkeroncong bersama rakan taulannya.
“Awatif, nampaknya bulan depan, kami
ingin menambah stok. Ini senarai dan wang untuk bulan ini.”
Awatif terdengar suara keras memanggil namanya dan terus
menoleh.
“Terima kasih. Insya-Allah, nanti kita
bincang semula.”
“Okay.”
“Awatif! Kenapa kek cawan yang kami
beli berbau? Cuba tengok dan rasa. Bisnes kerana inginkan keuntungan, inilah
jadinya!” Lantang Haifa melampiaskan nafsu amarahnya.
Meskipun Rafiqah cuba menenangkan Haifa, namun kemarahan
mengatasi rasionalnya.
“Maaflah. Jadi sekarang, apa yang perlu
Awatif lakukan?” Dia cuba berunding.
“Bayar
ganti rugi sekarang!” bentak Haifa.
“Kebetulan ada lebih. Awatif ganti yang
baru dan ambillah wang ini sebagai pampasan. Soal kek cawan yang berbau,
maafkan Awatif. Insya-Allah, kami akan pastikan perkara ini tidak berulang.
Terima kasih atas teguran.”
Peristiwa itu benar-benar memeranjatkan Awatif. Sudah
berbulan-bulan mencipta bisnes, inilah aduan pertama yang diterima. Awatif tersentap.
Dipujuk hatinya. Berfikiran positif. Nekad untuk bangkit dan tidak mengalah.
“Ibu, minggu hadapan ada jamuan. Awatif
buat lebih sedikit. Bezanya, tahun ini Awatif akan bahagikan untuk ayah hantar
ke masjid.”
“Masya-Allah, wang untuk belanja Awatif lebih daripada
cukup. Jika Awatif perlukan, maklum kepada ibu. Bukankah periksa tinggal lagi
sebulan? Biarlah ibu sahaja yang siapkan.”
“Ibu simpan sahaja buat belanja adik-beradik.
Awatif juga ada simpanan. Jika ada kecemasan, ibu gunakanlah. Insya-Allah,
rezeki lain pasti ada.”
“Simpanan untuk adik-beradik lain ada. Ini simpanan Awatif.
Ibu tidak boleh campur adukkan bahagian Awatif. Semuanya cukup.”
“Mestilah, ibu Awatif seorang Akauntan solehah.
Itu sebab ayah sayang dengan ibu. Bijak berbelanja, berbisnes, mengurus
keluarga dan rumah tangga. Syukurlah, ibu kami ini tabah membesarkan Awatif
bersama ayah tercinta.”
Usai solat berjemaah, kami
bergilir-gilir membaca al-Quran. Ayah menjadi imam solat sejak bernikah dengan
ibu. Makan juga berjemaah. Kesibukan ibu dan ayah mencari rezeki, tidak pernah
mengabaikan didikan duniawi mahupun ukhrawi. Apatah lagi keperluan asasi lain.
Sungguh cepat masa berlalu. Dunia kampus
pasti dirindui oleh seorang bekas graduan. Musim percutian kali ini bukan
seminggu atau dua minggu. Ianya menutup diari asam garam bergelar graduan di
universiti tempatan.
Peperiksaan
akhir baru seminggu melabuhkan tirainya, bakal diumumkan kelak. Apapun, bisnes
ini telah memaknakan hidup Awatif. Laluan rezekinya melimpah-ruah meskipun
disulami dengan kerenah pelanggan.
“Ibu, ada
10 orang pelanggan akan sertai bengkel kita. Bayaran juga telah kita terima.”
“Alhamdulillah. Semuanya sudah siap ke sayang?”
“Yang itu, ibu usah risau. Cuma…”
“Cuma apa?”
“Ada pelanggan jemput kita berbengkel
di luar kawasan, ibu.”
“Itu
kita mohon restu ayah.”
“Hebat
idea sayang. Ibu rasa ayah mithali sudah balik. Elok kita sambut dia.”
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti
Aku akan tambah nikmat Aku kepada kamu, dan jika kamu kufur sesungguhnya azab
Aku sangat pedih.” (Terjemahan surah Ibrahim ayat 7)
Wallahua'alam.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI
0 comments:
Post a Comment