“Ibu, Najma tidak jamin bagaimana
markah peperiksaan nanti.”
“Laa ila haillallah Muhammad
Rasulullah. Kenapa Najma cakap begini?”
“Najma akui, keputusan Najma tidak
sepandai orang lain.”
“Bagi ayah, selagi Najma berusaha
sehabis baik, selebihnya tawakal.”
“Najma doa tetapi masih belum
cemerlanglah ayah.”
“Hebat. Teruskan berdoa. Allah lebih
Maha Bijaksana menurut ilmu-Nya.”
“Najma hanya teruskan bersangka baik
tanpa was-was.”
“Ibu, Imam Syafie adalah ‘bintang’
Najma. Najma mahu mencontohi beliau.”
“Masya-Allah, ‘bintang’ yang sesuai.
Ayah dan ibu setuju.”
“Apakah ganjarannya pula jika Najma
cemerlang dalam peperiksaan?”
“Insya-Allah, kita tunaikan umrah
bersama-sama.”
Ganjaran sebagai motivasi digalakkan.
Yang wajar, biarlah bersesuaian mengikut
kemampuan.
Yang dilarang oleh Rasulullah adalah
berjanji tetapi tidak ditepati.
Justeru, bincanglah dari hati ke hati
bagaimana mahu dorong mendorong permata hati.
Kenapa ya?
Kerana amanah ini akan ditanya kelak
sebaik kita mengadap makhamah Ilahi.
Bersediakah kita dengan soalan ke mana
+ usia
+ harta
+ ilmu
+ amanah
dihabiskan?
Jika malu dengan Allah, kita bersegera buat hasanah.
#secerahbintangbidadaridunia
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.
0 comments:
Post a Comment