“Ibu, Najma peninglah. Mana satu yang
terbaik?”
“Najma mahu yang mana?”
“Ada 3 tawaran sekaligus.”
“Bukankah Najma pernah kata, siapa
cepat dia dapat tempoh hari?”
“Pensyarah, Peguam atau Juruaudit.
Semuanya Najma minat ibu.”
“Ini mudah sahaja. Buat solat
istikharah.”
“Berapa lama?”
“Bergantung. Jika hati itu cenderung
dengan jawapan, 3 kali pun memadai.”
“Berapakah tempoh yang paling lama ayah?”
“Seminggu, sebulan atau tiga bulan.
Terpulang pada individu.”
“Najma pun peninglah. Nantilah, Najma
perlukan masa untuk berfikir.”
“Eloklah. Ibu dan ayah tumpang gembira.
Mana yang terbaik, ada dalam isthikharah cinta-Nya.”
“Ini baru soal kerjaya, soal jodoh ayah
tak pastilah bagaimana?”
“Allahuakbar! Itu Najma tak berani
komen.”
“Ibu mahu Najma fokus pada tawaran ini
dahulu.”
“Ayah, jom kita buat umrah. Najma mahu
doa di Baitullah.”
“Insya-Allah. Biar ibu aturkan. Ada
rezeki, adalah.”
“Jadi sekarang, apa yang Najma patut
buat?”
“Ambil peluang buat istikharah waktu mustajab.”
“Ada jalan pintas?”
“Cuba sabar. Buat apa yang ayah
cadangkan.”
“Insya-Allah. Alangkah indahnya hidup
ini, jika ibu dan ayah buatkan.”
“Betul ni?”
“Ikutkan ibu dan ayah, mahu nikahkan
Najma.”
“Laa ila hailallah Muhammad Rasulullah.
Ok tidak mengapa, Najma buat istikharah dahulu ya.”
“Bab istikharah usah bertangguh.”
“Najma mahu baca buku Pasrah Dengan
Istikharah.”
“Baik. Nanti kongsikan dengan kami.”
Anak-anak yang meningkat belia, kita dorong letakkan Allah sebagai tempat pergantungan high-class.
Kita ingatkan anak-anak dengan penuh kasih sayang bahawa campur tangan Allah WAJAR dalam setiap urusan hariannya.
Jika sudah menjadi tabiat, insya-Allah anak-anak akan merujuk kepada Allah dahulu.
Kemudian sebagai insan biasa, meluah rasa dengan ibu, ayah, adik-beradik, ahli keluarga atau orang yang amanah.
Sedikit demi sedikit, anak-anak lebih matang dan yakin.
Insya-Allah, bila datang ujian, anak-anak komited mencari solusi, bukannya komited menzalimi diri sendiri.
#secerahbintangbidadaridunia
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.
0 comments:
Post a Comment