“Innalillah hiwainna ilaihi roojiunn. Pasti ada hikmah tersurat dan tersirat. Ianya peringatan dari Allah.”
“Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan ialah musuh yang nyata bagi kamu.” – al-Baqarah ayat 168.”
“Isu halal ini bukan isu kesihatan tetapi isu agama. Meskipun, ada logo halal masih ada bahan khinzir.”
“Musibah ini adalah ujian untuk semua pihak termasuk para pengusaha dan pihak terbabit. Polisinya yang ketat dan kesyumulan proses oleh pihak berkuasa perlu dihargai dan dipuji. Apapun, inilah masanya semua pihak melibatkan kepakaran berjemaah dari semua sektor seperti pengkaji makanan, juruaudit bertauliah, ahli farmasi dan yang sewaktu dengannya.”
“Bagaimana jika ianya benar-benar ada DNA khinzir Zara? Jika benar berautoriti, mengapa terbabas? Rapuhkah penguatkuasaan pihak berwajib? Belum lagi produk-produk lain yang datangnya dari luar?”
“Nisa, iman dengan kitab Allah itu wajib. Tidak perlu dibahaskan kerana ianya jelas dalam nas al-Quran dan sunnah. Yang pasti, apa jua yang bersumberkan khinzir, hukumnya haram. Ini soal iman dan tiada kompromi.”
“Mulai saat ini, Nisa tidak akan membeli produk import meskipun ada logo halal. Kosmetik, pakaian dan produk kesihatan juga tidak terkecuali.”
“Itu lebih selamat dan terjamin. Bagi Zara, pihak terbabit perlu memperkasakan lagi mandat yang ditaklifkan. Setiap pengusaha wajib memiliki eksekutif syariah yang diiktiraf. Realitinya, kerjasama holistik diperhalusi bersama untuk mentauhidkan Yang Esa.”
“Nisa teringat pesan Imam al-Ghazali,
“Jika kita inginkan anak-anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain menjadikan anak berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya, anak akan derhaka kepada kita jika diberi makanan yang kotor.”
“Sesungguhnya, apa jua yang haram dan syubhat itu mudaratnya besar. Ia merosakkan akidah, menggelapkan hati, meracuni minda, mencemarkan emosi, malah memberatkan pancaindera kita melaksanakan ketaatan kepada Pencipta. Wabak sebegini serius dan merbahaya.”
“Nauzubillahiminzalik. Di waktu yang sama, sumber makanan itu juga wajib halal dan baik. Meskipun produk negara kita sah halalnya, jika wang yang kita perolehi dari jalan kebatilan, itu masih dikira salah dan jauhilah.”
“Makan dan minumlah selagi kita tidak melampaui batas. Ia boleh membawa pelbagai penyakit. Apapun, biarlah wasatiyah.”
“Sesiapa yang berusaha mencari rezeki atau nafkah untuk keluarganya daripada cara mendapatkan hasil yang halal, maka dia seperti berperang di jalan Allah (jihad di jalan Allah). Dan sesiapa yang mencari sesuatu yang halal dan menjaga diri daripada sesuatu yang haram, maka dia akan mendapat darjat orang yang syahid. Inilah yang Nabi ingatkan kepada kita.”
Berkat Itu Lazat dan Berzat
Meskipun kita dikejutkan dengan produk meragukan, sudah sampai masanya umat Islam refleksi minda, emosi dan fizikal. Kita masih bertuah kerana terdapat pelbagai produk tempatan diyakini halal untuk dinikmati. Pilihlah yang halal, sunnah, berzat, sihat dan baik untuk keluarga kita.
Iman akan berfatwa untuk membezakan halal haram, dosa pahala dan syurga neraka. Meskipun ada pelbagai produk lain yang berstatus halal, hati yang warak selayaknya menilai sesuatu produk walaupun melalui proses teknologi canggih menurut akal manusia.
“Diharamkan bagi kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah…” – al-Maidah ayat 3.
Apa yang lebih utama adalah berkat. Syaratnya mestilah beriman dan bertaqwa. Sumber rezeki dan makanan yang halalan toyyiban sebagai asas hidangan seharian itu teras Muslim. Setelah itu, budayakan adab makan sunnah.
Kenapa ya?
Kerana prinsip teras tadi sejahtera dihayati oleh intelek insan, tanpa menyalahi piawaian Pencipta.
"Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar dan berikan kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami yang batil itu batil dan berikan kami kekuatan untuk menjauhinya"
Wallahua’lam.
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2015M | 1437H
0 comments:
Post a Comment