“Mialysa, saya kesal dengan rakan sekerja yang tidak boleh
diharap. Tugas semudah Alif Ba Ta, hingga mesyuarat ditangguhkan. Memalukan!”
“Tuan
Bunyamin, mungkin ada salah faham atau faham salah?”
“Seminggu
Mialysa bercuti, saya ingatkan dia boleh mengambil alih tugas Mialysa. Rupanya,
makin merumitkan!”
“Maafkan
Mialysa. Nanti Mialysa dapatkan penjelasan sebenar dari dia. Tuan Bunyamin
garang sampai enggan mendengar penjelasannya.”
“Asyik
salahkan orang lain. Terang-terang buat silap, tidak mengaku. Masih beralasan!”
“Tidak
mungkin. Jangan-jangan Tuan Bunyamin terpengaruh dengan kata-kata orang yang
cuba mengeruhkan keadaan?”
“Mialysa
tidak perlulah bela dia. Saya tahu apa yang saya buat. Mustahil orang itu
sengaja mahu menokok tambah cerita.”
“Itulah
maksud saya. Kita boleh dengar dari pelbagai sumber, tetapi kita perlu saring
sejauh mana kebenarannya.”
“Sudahlah
Mialysa, benda telah jadi. Saya sakit hati dengan kerjanya. Tidak apalah, Mialysa
tolong betulkan kertas kerja ini.”
“Seperkara
lagi, nanti bila KPI tiba, jangan merungut jika tidak cemerlang.”
“Tuan
Bunyamin kalau bergurau, boleh tahan. Nanti kita qatamkan isu ini bersama, ok?”
“Sudah
terlambat. Saya benar-benar kecewa dengannya.”
“Berilah
kami peluang. Lagipun, tidak seronok jika kita bekerja dalam keadaan begini.
Hilanglah serinya. Serba salah Mialysa.”
“Ok Mialysa, kita jumpa lepas Zuhur. Saya ajak
dia sekali.”
SANGKA
BAIK, DAMAIKAN HATI
“Ya
Allah, bukakanlah jalan untuk kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar,
kerana memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah bagi Kamu. Ya Allah,
permudahkanlah kami segala urusan kami, serta kurniakanlah ketenangan di dalam
hati kami dan kesihatan pada tubuh badan kami, keselamatan dan kesihatan pada
agama kami dan dunia kami,”
Konflik ini berupa racun yang boleh mengeruhkan ukhwah. Ianya
biasa, namun binasa dan bahaya. Orang yang beriman dengan hari Pembalasan, mencari
solusi bagi kebaikan bersama.
Menangani konflik di tempat kerja memerlukan kemahiran seni
komunikasi. Fikirkan bagaimana pendamaian dan perselisihan dapat dirungkai.
Jadilah pendengar kepada mereka yang berkelahi tanpa memihak kepada sesiapa.
Fokus
kepada punca isu. Jadikan sabda Nabi sebagai pedoman,
“Bantulah
saudara kamu sama ada yang zalim atau dizalimi.”
Memaafkan
dan mengakui kesilapan akan melunakkan hati orang yang bersengketa. Allah suka
kepada orang yang memulakan maaf meskipun dia tidak bersalah. Inilah yang luar
biasa bagi meraih status terhebat disisi-Nya.
Realitinya,
buruk sangka itu merosakan hati dan amal soleh. Sebaiknya, ambil pengajaran dan
muhasabah hikmah di sebalik konflik. Sabar atau marah, sunatullah yang perlu
dirai. Asalkan tidak memutuskan ukhwah, berdendam, bermusuhan dan dicemari
sifat mazmumah yang lain.
Bagi
ketua atau pekerja yang beriman, konflik ini segera diatasi secara Qurani. Bermaaf-maafan
dan menyatakan penyesalan atas kesilapan masing-masing mendamaikan hati semula.
Inilah yang menjemput rahmat dan reda Pencipta.
Ada
masa, ketua mengalah. Ada juga masa, pekerja mengalah. Apapun, sebagai
pendamai, kita hanya berusaha sehabis baik dan selebihnya kita serahkan
pada-Nya. Pastikan pendamai seorang yang bertaqwa demi mengharap reda-Nya.
Setelah
itu, cipta suasana harmoni semula. Luruskan niat bekerja sebagai ibadah. Anjurkan
ketua atau rakan sekerja agar berbincang dari semasa ke semasa jika perlu. Perkasakan
semangat kerja berpasukan dengan buang yang keruh, ambil yang jernih.
Fikir
baik, buat baik dan hati baik akan memaniskan iman. Berjaya mendamaikan saudara
sesama Islam adalah perintah-Nya. Rujuk wahyu al-Hujurat, ayat 9 bermaksud,
“Dan
jika dua puak daripada Mukmin berperang, maka damaikanlah kedua-duanya. Jika
salah satu berlaku zalim kepada yang lain, maka tentang puak yang zalim itu
sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah. Jika dia kembali patuh, maka
damaikanlah kedua-duanya dengan adil, dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah
mengasihi orang yang berlaku adil.”
Luah
Mialysa, “Alhamdulillah. Syukurlah Tuan Bunyamin dan Jemaima tidak dicop fasiq
oleh-Nya. Terimalah ole-ole dari saya, sekadar meneladani sunnah Nabi.”
Mudah-mudahan,
ianya menjadi asbab meraih cinta Allah dan kasih Rasulullah. Piagam Muttaqin,
pastinya.
Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment