Urusan Amarah

“Firdaus, tindakan mereka tidak wajar. Siasat dahulu. Bukan dengar cerita satu pihak. Buruk padahnya. Kita belum pasti sejauh mana kebenarannya.”
“Mengapa Hafiy begitu yakin? Mereka hanya menjalankan tugas. Firdaus boleh terima kerana inilah yang terbaik.”
“Terbaik yang bagaimana? Fitnah dan dihina orang, itukah terbaik Firdaus?”
“Astaghfirullah wa atubu ilaih. Bukan begitu. Firdaus tidak rasa begitu. Sudahlah Hafiy, usah disebut lagi. Perkara sudah jadi.”
“Hafiy bingung dan tidak percaya. Firdaus yang disegani, tidak dihargai oleh syarikat. Pengorbanan Firdaus sepanjang berkhidmat, tidak diambil kira.”
“Silap Firdaus juga. Mudah mempercayai orang tanpa berhati-hati.”
“Ini kerja sukarelawan. Bukan tugas rasmi. Kesalahan yang kecil. Boleh bawa bincang. Bukan mengaadu domba sana sini.”
“Hafiy, Firdaus terima dengan seadanya. Allah sayangkan hamba-Nya. Firdaus bersyukur. Ujian ini, bukanlah di luar kemampuan Firdaus.”
“Firdaus, apa kata orang? Hafiy tidak sanggup membiarkan Firdaus. Waktu yang sama, Hafiy tidak berkuasa dan berdaya.”
            “Hafiy pujuk Pengerusi untuk adakan mesyuarat. Kita selesaikan konflik bersama-sama. Firdaus bersedia.”
“Alamak, itu Hafiy enggan campur tangan.”
“Okay, berani kerana benar. Allah pasti bersama sangkaan hamba-Nya.”
“Apa rancangan Firdaus sekarang?”
“Berdiam diri dan muhasabah. Mujurlah Firdaus tersedar. Jika tidak, pasti hidup Firdaus sia-sia.”
“Teruklah Hafiy macam ini. Semua tugas akan terbeban kepada Hafiy. Padahal, kebanyakkan tugas jabatan ini, Firdaus yang uruskan. Hafiy benar-benar bersalah.”
“Inilah peluang untuk Hafiy buktikan. Usah sia-siakan demi masa depan cerah di syarikat ini. Teruskan perjuangan. Tahulah Firdaus mengatur hidup seterusnya. Doakan Firdaus.”
“Apa yang Firdaus akan lakukan?”
“Allahuakbar. Bumi Allah ini luas. Masih banyak untuk diterokai Hafiy. Alangkan semut di celah batu pun pandai mencari makan, inikan pula Firdaus. Malulah Firdaus dengan warga semut.”
“Firdaus masih mampu menahan marah?”
“Hafiy, ada seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Abu Darda’. Beliau seorang yang tawaduk dan bertaqwa. Beliau pernah bertanya kepada Nabi s.a.w., apakah gaya hidup ahli syurga. Nabi s.a.w. berpesan, orang yang gagah itu ialah orang yang dapat menahan marah.”
“Benarkah Firdaus? Maknanya, orang yang tidak marah itu dianggap mulia dan diberi syurga? Hebatnya Abu Darda’!”
            “Masya-Allah, beliau memang hebat kerana pakar fiqh. Digelar orang yang bijak pandai dalam hal ehwal agama atau Nabi s.a.w. sebut Hakimul Ummah.”
“Itu sahabat Nabi s.a.w. Kita tidaklah sehebat mereka.”
“Apa yang Firdaus faham, Nabi s.a.w. mengajar Abu Darda’ supaya menahan marah. Oleh itu, beliau banyak belajar dengan Nabi s.a.w. hingga menjadi pakar. Ramai umat rujuk padanya. Jika beliau tidak sabar, bagaimana umat memilih beliau sebagai rujukan?”
“Itu tidak dinafikan. Apapun, Hafiy tidak setuju. Mereka pun salah, Firdaus pun salah.”
“Habis, sekarang apa yang perlu Firdaus buat?”
“Entahlah. Hafiy pun pening. Perkara baik boleh jadi begini. Pada mulanya, Hafiy tidak setuju Firdaus buat kerja sukarelawan ini.”
“Tenanglah. Perkara lepas, usah dikenang. Sekarang masa untuk selesaikan bersama.”
“Hafiy hairanlah, Firdaus boleh bersangka baik. Padahal, mereka salahkan Firdaus seorang.”
“Belajar dari Nabi s.a.w. Ujian mereka, lebih hebat. Contohnya, Nabi s.a.w. disakiti, dicaci dan dihina oleh Abu Lahab dan Abu Jahal. Nabi s.a.w. turut diancam bunuh oleh orang Arab Quraisy. Siapa yang jaga Nabi s.a.w. kalau bukan Allah?”
“Jadi, Firdaus rasa lega kenangkan perjuangan dan pengorbanan Nabi s.a.w.?”
“Apa lagi yang mampu Firdaus buat? Ikut Nabi, pasti selamat.”
“Itulah yang membezakan Hafiy dengan Firdaus. Hafiy tidak secekal itu.”
“Belum ada orang yang kecewa dan hina dina kerana menahan marah.”
“Firdaus, Hafiy masih setia menjadi pendengar. Cuba bincang dengan Pengurus Besar Kanan Jabatan.”
“Alhamdulillah. Cuma…”
“Cuma apa Firdaus?”
“Satu sahaja permintaan Firdaus, berkatalah benar. Usah menambah perisa.”
Budaya Syura
Firdaus hairan, mereka tidak berani untuk bersemuka bagi merungkai silap faham. Tiada mesyuarat untuk membentangkan laporan kewangan, tiada laporan untuk siaran buletin syarikat atau tiada pengisytiharan belanjawan. Tugas ini terbengkalai hingga saat ini.  
Perkara ini perlu telus kepada semua kakitangan. Mereka adalah sebahagian penyumbang dana bagi majlis tersebut. Pengisytiharan wang perlu bagi mengelakkan spekulasi. Sebaliknya, apa yang berlaku, mereka adukan kepada pihak atasan. Keengganan mereka mengadakan mesyuarat usai majlis amal, meneguhkan pendirian Firdaus.
Rancangan majlis amal ini berjaya kerana digerakkan oleh Firdaus. Dibantu oleh tiga ahli jawatankuasa yang ikhlas. Namun, kerana mengejar nama, mereka sanggup menuduh Firdaus punca apabila masalah lain timbul. Peluang ini, digunakan oleh musuh Firdaus untuk menjatuhkannya.
Kredibiliti Firdaus tercalar. Digantung kerja. Walhal, majlis amal ini bukan tugas rasmi syarikat. Tiada siapa yang membantu melainkan unit ‘Whistle Blower’ di bawah seliaan jabatan Audit Dalaman. Akhirnya, Firdaus dibuang kerja.
"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa."
[Terjemahan az-Zukhruf ayat 67].
Firdaus banyak muhasabah. Hatinya terubat bila membaca kalamullah dan terjemahan.
Allahuakbar! Ikutlah Nabi s.a.w. Sumber kebahagiaan dan kekuatan. Biarlah Allah ganti dengan ilmu-Nya. Firdaus yakin dengan ‘hal’ itu, insya-Allah. Pesanan inilah yang kerap diulang-ulang oleh Firdaus bagi memujuk hatinya.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ 2015.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment