Tiada apa yang lebih saya suka selain memegang senaskah buku dan menonton filem. Jadi, apabila membaca ura-ura sebuah filem akan dibuat berdasarkan sebuah buku atau lebih tepat novel, saya akan pastikan saya telah membaca novel tersebut.
Saya suka menonton filem, tetapi kebanyakan kes yang berlaku ialah novel yang difilemkan tidak menepati karakter dan tidak mempersembahkan emosi yang sepatutnya seperti yang terkandung di dalam novel berkenaan.
Dalam kesempatan berbual bersama rakan-rakan industri, rata-rata menyatakan penglibatan penulis novel diperlukan secara 100% berganding bersama pengarah filem bagi memastikan emosi, karakter dan gambaran plot-plot yang terkandung di dalam novel dapat direalisasikan di skrin. Apabila matlamat ini tercapai, bukan sahaja kepuasan pengikut (follower) penulis novel tercapai, malah penonton yang telah menonton filem tersebut akan terdorong untuk mendapatkan naskah karya ini dalam bentuk buku fizikal. Ini membantu mengekalkan momentum emosi atau feel samada dari sudut pandang pembaca kepada penonton atau dari sudut pandang penonton kepada pembaca.
Dan apa yang lebih menarik, kedua-dua bentuk naskah ini yang memenuhi kriteria dan kualiti yang disasarkan, berpotensi untuk meningkatkan permintaan pada masa akan datang dari penulis hasil peningkatan bilangan pengikut yang datang dari kumpulan penonton dan kumpulan pembaca.

0 comments:
Post a Comment