Nak Mengembara dan Melancong tapi Bajet Tercekik. Bagaimana?

Semasa di Krabi baru-baru ni, kami bertemu dengan dua orang lelaki dari Malaysia di stesen keretapi Hatyai.
Ramah dan manis-manis orangnya. Rupanya, ini kali pertama mereka mengembara ke luar Malaysia.
Mereka bertanya kami, berapa bajet kami ke sana?
Jawapan saya, dalam lebih kurang RM430 saya tukarkan ke wang baht. Itulah bajet untuk pengangkutan dari Hatyai ke Aonang pergi balik, penginapan, makan dan tour yang kami ambil di sana.
Kos ini tidak termasuk bas KL ke Hatyai dan tiket keretapi Hatyai ke KL untuk perjalanan pulang.
Beliau terkejut. Dengan RM430 cukup untuk pengembaraan 4 hari 5 malam?
Kami bertanya beliau, berapa pula perbelanjaannya?
Dengan penuh muka sedih, dia memberitahu, penginapan sahaja sudah RM1200, kongsi berdua.
Oh…
Saya tidak mahu mempersoalkan bajet percutian setiap orang atau pilihan penginapan. Masing-masing berhak untuk bercuti secara backpack atau bercuti mewah.
Tapi bila melihat kekesalan orang yang baru nak belajar mengembara ke luar negara dan sebenarnya memang nak berjimat, kami di Saya Backpacker terpanggil untuk berkongsi tips asas bagaimana mengembara jimat tanpa melalui pakej pelancongan.
Kos terbesar dalam percutian atau pengembaraan adalah
1) pengangkutan ke destinasi
2) penginapan
3) kos untuk sesuatu aktiviti di destinasi tersebut
4) makan.
1) Kos Pengangkutan
bas laos
Untuk kos pengangkutan, jika mahu berjimat, gunakan bas ekspress atau penerbangan tambang murah. Cek di laman web penerbangan itu sendiri atau bermain klik-kliklah di laman web www.skyscanner.com atau www.kayak.com.
Anda boleh muat turun apps ke handphone, jadi lebih mudah.
Cari tiket yang murah dengan bermain tarikh atau set untuk website ini emailkan kepada anda jika ada perubahan harga tambang bagi tarikh yang anda kehendaki.
Semasa backpack ke Turki, saya dan kawan ambil flight dari Singapura. Lebih murah
Semasa backpack ke Turki, saya dan kawan ambil flight dari Singapura. Lebih murah
Selain mencari tiket penerbangan dari Kuala Lumpur, pertimbangkan juga tiket yang bertolak dari Johor Bahru atau Singapura. Kadang-kala tiket penerbangan dari dua destinasi ini lebih menjimatkan. Dari KL ke JB atau Singapura pula, naik bas sahajalah.

2) Penginapan
Jika bajet rendah dan anda pergi solo, berdua atau bertiga, boleh menginap di dorm sahaja. Jika ada bajet lebih, bolehlah menginap di private room. Ada dorm dan private room yang ada bilik air sendiri. Ada yang berkongsi bilik air di luar.
Perhatikan juga kemudahan lain seperti locker, jika dorm, tv, aircond atau hanya kipas, tuala dan wifi disediakan di bilik atau hanya di lobby.
IMG_20150127_212606
Untuk wanita, boleh cari dorm wanita. Namun di sesetengah negara membangun, dorm wanita sangat sukar ditemui atau kalau ada pun jauh lebih mahal.
Cari dan buat tempahan penginapan yang memenuhi bajet anda secara online. Antara laman web yang terkenal dan yang selalu saya gunakan adalah www.booking.com, www.agoda.com dan www.hostelbookers.com. Selain itu, laman web airbnb.com juga terkenal jika mahu menyewa satu rumah terus.
DCIM100MEDIA
DCIM100MEDIA
Namun di sesetengah tempat di Indonesia atau negara membangun, caj penginapan secara walk in atau tempah melalui telefon direct ke hostel/hotel tersebut lebih murah berbanding tempah secara online.

3) Kos untuk sesuatu aktiviti di destinasi tersebut.
Kos ini termasuk kos pengangkutan ke tempat pelancongan atau tiket/caj untuk sesuatu aktiviti di destinasi tersebut. Termasuk juga tiket masuk ke muzium, taman laut atau bayaran masuk ke tapak warisan dunia.
DCIM100MEDIA
becak di Medan
Untuk yang mahu berjimat, buat kajian betul-betul berapa kadar teksi, tuk-tuk atau becak untuk ke satu-satu destinasi. Jangan sampai kena ketuk.
Jika perlu sewa bot, survey dahulu di semua pengusaha bot yang ada. Dapatkan harga terbaik. Jika harga sewa per bot, pakat dengan kawan atau cari geng pengembara lain untuk berkongsi kos sewa.

4) Makan
maggie Indomee dan kopi arfah
maggie Indomee dan kopi kelulut arfah
Kalau dah bajet tu, jangan la makan di restoran yang mahal. Sebaiknya bawa makanan segera dari Malaysia untuk menampung sekurang-kurangnya sarapan atau makan malam anda. Boleh bawa maggie, bubur segera, serunding dan apa juga makanan yang kami pernah kongsikan di sini —>
http://www.sayabackpacker.com/2015/04/10-makanan-malaysia-dibawa-ketika-mengembara/
Selamat mengembara jimat ya!
Untuk perkongsian pengembaraan jimat di Koh Lipe, boleh klik http://bit.ly/mahukohlipee

Sumber: http://www.sayabackpacker.com
Share on Google Plus

About Sysfel

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment