Pesona Astaghfirullah

Pekerja syarikat ini gemar berlumba-lumba dan bersaing untuk dipuji. Tidak kurang juga, sikap pentingkan diri sendiri. Maklumat telah disebarkan. Panduan dan kempen besar-besaran juga rancak diadakan. Banyak dana dikeluarkan untuk menjayakan pemulihan syarikat tanpa mengira jawatan.
            Semua yang menjadi wakil setiap jabatan bukan pekerja lulusan rendah. Bahkan berkelulusan universiti tempatan dan luar negara. Kerja mudah, masih tidak mampu digalas. Yang diingini hanya populariti dan gaji berganda angkanya.
            Agak mustahil untuk mendapat pekerja persis Nabi s.a.w. dan para sahabat Baginda. Semuanya indah dan tidak perlu memeningkan kepala. Masing-masing memahami peranan dan amanah dengan produktifnya.
            Syarikat ini hanya pentingkan keuntungan tanpa memikirkan kebajikan pekerja. Pola pemikiran yang kebaratan banyak mencetuskan polemik berpanjangan. Ianya tidak seperti negara-negara yang berjaya di seluruh dunia. Jalinan kerjasama seperti Jepun, Korea dan China, wajar dicontohi mengikut kesesuaian syarikat.
Indahnya Taqwa
“Kerja makin bertambah, gaji murah. Bertuahlah mereka yang bergaji besar. Kerjanya senang. Pandai bercakap sahaja.”
            “Nukman, saya perlukan statistik kewangan untuk mesyuarat petang ini. Sudah diemel untuk semakan?”
Sapaan Tuan Muaz membuat Nukman hampir pengsan. Namun, Nukman cuba memberikan perhatian dengan permintaan beliau. Nukman menarik nafas lega lalu menjawab dengan tenang.
“Baiklah Tuan Muaz, insya-Allah. Masih ramai yang belum berikan maklum balas.”
“Cuba Nukman tanyakan kepada Qasem atau Farel.”
“Insya-Allah. Maafkan Nukman Tuan Muaz.”
“Qasem, saya telah hantar emel kepada setiap wakil bahagian. Buat masa ini, tiada tindakan. Sampel juga dikepilkan untuk rujukan.”
            “Apa lagi yang Qasem mohon?”
“Mereka perlu sertakan dokumen penting bagi menyokong laporan tersebut.”
“Itu sahajakah? Ada Nukman buat tindakan susulan?”
“Perlukah hingga begitu? Inikan aktiviti bulanan yang semua wakil maklum tentangnya. Surat pekeliling juga telah diedarkan. Maklumat itu jelas Qasem.”
“Cukupkah begitu?”
“Inilah yang membingungkan Nukman. Mereka yang dilantik sebagai wakil, semuanya berjawatan besar dan bergaji besar. Perlukah Nukman ingatkan hal yang sama berulang kali Qasem?”
“Jika begitu, Nukman telah kenal pasti wakil mana yang memberikan kerjasama yang efisen atau sebaliknya?”
“Perlukah Qasem? Ianya tiada dalam senarai kerja pun.”
“Pernahkah Nukman cuba kaedah lain? Bagaimana isu ini dapat membantu memudahkan kerja?”
“Sampel fail telah diberikan. Hanya perlu mengisi data. Patuhi arahan. Perlu disuap baru Qasem puas hatikah? Sukar sangatkah untuk melengkapkannya?”
“Ada atau tidak Nukman sertakan langkah-langkah atau garis panduan bagi memudahkan pihak lain? Rutin yang sama tetapi belum tentu ianya dilakukan oleh orang yang sama. Mudah dijadikan rujukan. Insya-Allah, mesra dan interaktif.”
“Itu bukan kerja pegawai atasan ke Qasem? Upah Nukman tidaklah sebanyak semua itu?”
“Okaylah. Sudahkah Nukman bincang dan mohon pandangan rakan setugas seperti Farel? Qasem yakin, beliau berpengalaman dan dapat membantu.”
“Farel? Inilah yang musykil. Contoh yang tidak berkenan di hati. Terima kasih Qasem atas cadangan itu.”
“Kata orang hebat, tak kenal maka tak cinta.”
“Itulah ikon pepat di luar runcing di dalam. Nukman lebih rela bertanya Terence.”
“Tenanglah. Cuba rujuk dengannya dahulu.”
“Nantilah. Ini pun sebab Qasem. Jika tidak, jangan harap.”
            “Pergi sekarang.”
“Okay. Okay.”
Mulia Atas Kemuliaan
Sejak menyandang jawatan baru, Nukman masih menjaga solat berjemaah. Dia masih sempat mendengar kuliah Zuhur, seperti sebelumnya. Hal ini menyedarkan dia bahawa gaji besar dan pangkat itu, bukanlah alasan. Namun, dia gigih menjalankan projek tanpa kompromi dengan ibadah wajib.
Inilah yang Farel, Qasem dan Tuan Muaz maksudkan ketika Nukman berkuli dahulu. Sangkaan mereka meleset bila mendapati dia memang layak. Nukman tiada pilihan. Dia menyusun semula kerja yang cacamarba. Tugas yang tertunggak itu, diagihkan kepada pekerja-pekerjanya. Istighfar sambil mengambil langkah terbaik bagi melunaskannya.
Budaya kepimpinan seakan bukan tradisi di syarikatnya bekerja sejak dahulu lagi. Meskipun telah beberapa kerap ahli pengurusan tertinggi bertukar portfolio, ciri-ciri kepimpinan hanyut bersama perletakan jawatan mereka. Dari situ, dia belajar untuk mencipta peluang.
Susah atau tidak, Nukman telah mendraf polisi untuk jabatannya. Beliau telah aktif mengadakan perjumpaan bagi memohon pandangan dari pelbagai sudut. Maklumat yang dibincangkan telah membuka lembaran baru. Ianya perlu diperbaiki bersama. Inilah yang diangan-angankan dahulu.
Setelah Nukman berjaya dengan projek tersebut, beliau merasa kosong. Hatinya masih gelisah. Mujurlah rakan serumahnya mengingatkan Nukman. Mahfuz, rakan serumah yang jujur. Nukman banyak belajar darinya.
“Sejak naik pangkat, makin sibuk Nukman. Sudahkah membaca al-Quran?”
“Adalah baca. Alhamdulillah, banyak hutang hendak dilunaskan dengan-Nya.”
            “Bagaimana dengan zikrullah? Setidak-tidaknya, istighfar dalam perjalanan pergi dan balik kerja.”
“Kadang-kadang buat, banyaknya tidak buat. Asyik fikir projek, itupun baik apa?”
            “Ada ke Mahfuz kata tidak baik? Tahniah Nukman!”
“Ini bukan kerja Nukman seorang. Kerja berjemaah. Yang penting, projek itu telah memberi manfaat. Perkara wajib masih utama. Kini semuanya, dalam kawalan.”
“Nukman bersyukur. Tuan Muaz beri Nukman peluang. Jadi, inilah masanya.”
“Itu bonus. Dalam pada sibuk dengan projek, selagi ibadah wajib dijaga, ianya tidak mustahil.”
“Nukman masih sama. Cuma penat kerana memerah idea. Ini pasti doa Mahfuz dan rakan sekerja. Alhamdulillah.”
“Tahniah Nukman! Farel kagum. Projek berjaya menurunkan kos operasi syarikat. Biarpun sibuk, masih istiqamah solat berjemaah. Penceramah yang hadir menginsafkan Farel banyak perkara. Maafkan Farel.”
“Nukman yang silap. Maafkan Nukman. Terima kasih Farel kerana berkongsi rahsia kejayaan. Tanpa sokongan Farel, projek ini tidak ke mana.”
            Komplen itu biarlah membina. Kita tidak berada di kerusi mereka, maka macam-macamlah spekulasi timbul. Jika kita diberi peluang memegang jawatan itu, mampukah kita ubah? Jika mampu, usahakanlah.
Jawatan dan bergaji besar itu boleh. Selagi ianya alat dan bukannya matlamat. Sekarang, Nukman telah mendapat apa yang diidam-idamkan, maka laksanakan amanah itu sebaik-baiknya. Ingatlah Nukman, dahulukan reda Allah. Barulah reda manusia mendatangi kita.
            Istighfarlah setiap kali menghadapi kesulitan. Mohonlah petunjuk dari Allah. Begitulah mutiara nasihat berkali-kali dari Mahfuz. Ianya dikukuhkan lagi dengan penceramah jemputan yang turut dihadiri oleh rakan-rakan sepejabatnya.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment