Jadual berikut adalah contoh bagaimana
5 formula mudah, ketika menyambut Ramadan. Ianya sebagai pencetus
bagi meraih barakah Ramadan al-Mubarak. Selamat mencuba!
MERANCANG
|
MENGURUS
|
MENILAI
|
TINDAKAN
|
SEMANGAT
|
Solat fardu secara individu.
|
Datang awal ke masjid atau surau.
|
Solat fardu secara berjemaah.
|
Pulang awal untuk makan malam dan bersiap untuk ke masjid
atau surau.
|
Kefahaman tentang ganjaran solat berjemaah berbanding
solat sendirian.
|
Hanya berdoa selepas solat fardu.
|
Mengumpul koleksi doa terbaik dan pilihan.
|
Amalkan doa mathurat.
|
Mulakan setiap pagi atau petang.
|
Yakin bahawa doa adalah senjata ampuh setiap Mukmin
terutamanya waktu mustajab atau doa diterima dengan cepat.
|
Buat kerja sambil lewa asalkan siap.
|
Buat senarai tugasan harian untuk memudahkan semua pihak.
|
Pastikan keutamaan berbanding tugasan rutin biasa.
|
Datang awal ke pejabat dan jangan pulang lewat ke rumah.
|
Cipta senarai tugasan di siang hari dan malam hari tanpa
bertangguh serta beriltizam untuk bertindak.
|
Para pelajar termasuk institusi pengajian awam dan swasta
yang sibuk dengan aktiviti pendidikan.
|
Latih diri untuk menepati jadual pengajian dan menyiapkan
tugasan.
|
Kurangkan dan seimbangkan aktiviti yang mengganggu tujuan
utama sebagai pelajar.
|
Pastikan hubungan akrab dengan ibubapa dan bergaul dengan
rakan soleh/solehah.
|
Persaingan sihat dari segi pembelajaran wajar kerana ia
sangat dituntut oleh-Nya menurut syarak.
|
Ahli perniagaan manfaatkan pelbagai aktiviti
bermanfaat agar seimbang dengan fitrah manusia.
|
Memastikan bisnes berkembang tanpa mengabaikan ibadah
fardu terutamanya solat dan zakat. Boleh menambah ibadah sunat seperti solat
sunat dhuha. taubat, rawatib, tadabur al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.
|
Perlu pelan strategik untuk ibadah dan aktiviti bisnes
agar tidak terpedaya dengan bisnes semata-mata.
|
Masih menjalankan aktiviti bisnes dan rela melaksanakan
ibadah fardu dan sunat dengan ilmu yang benar.
|
Wujudkan suasana interaktif seperti menganjurkan
majlis-majlis ilmu, banyak bersedekah dan memberikan galakan serta nasihat. Waktu
yang sama, berusaha membaiki hubungan dengan Allah dan hubungan sesama
makhluk lain.
|
Realitinya, stamina Projek Cinta Ramadan ini
bolehlah dibudayakan seumur hidup. Masih belum terlambat, khususnya mereka
yang inginkan kemenangan dunia hingga jannah. Yang pasti,
“Sesungguhnya
agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama
melainkan dia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah.
Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas Subuh, selepas
gelincir matahari dan sebahagian malam.” – Imam Bukhari.
Inilah perjuangan insan memburu Israk
Ramadan, Mikraj Taqwa! Moga beroleh kecintaan Allah dan Rasul-Nya :)
Selamat Menyambut Ramadan!
Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment